Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama penuh dengan mesej daripada badan pemerintah ini juga penuh dengan saspens!
Episod 3
Adakah kami akan pura-pura shook bahawa Zikri tidak mampu bayar sewa?
Hmm… Baru date kedua nak see-see? See apa?
Eh? Tip?
Mentang-mentang bos, boleh masuk bawak date ke kedai untuk impress lattew. Si Kakak Zumba pun kata bahawa arwah ayahnya dahulu tukang gunting. Hmm… Zikri punya arwah bapak pun tukang gunting. Macam kebetulan je atau..?
Mesej pemerintah 1: mendaftarkan diri di kelas memasak + masak sihat
Kedai lingkup. Dia terpaksa buang semua (seorang saja) pekerjanya… Wow kedai ini bertahan lebih dari 30 tahun! 31 ke?
Taufik ingin beli kondominum bersama Adi tetapi ayahnya menasihatinya agar menyimpan dan fikir masa depan. Sebelum itu, mereka telah pun membuat kajian aka mesej pemerintah 2.
1987. 31 tahun je. Ingatkan apa la lebuh 30 tahun.
Ok, instead of getting a free haircut di tempat kerja, dia pergi kedai lain. Ok. Sure. Pelik, setelah lama, dia pertama kali pulang di kedai ini apabila last day.
???????? Tu pasal lingkup. Tapi adakah ini bermaksud bahawa Zikri juga tidak menerima bayaran daripada pelanggan sebelum ini? Ini kerana apabila Taufik ingin menggunting rambut, dia seolah-olah tidak mahu/ingin menutup kedai. So..? Ini adalah faktor utama mengapa kedai ini lingkup. Bukan kerana persaingan atau pelanggan yang menukar citarasa tetapi tradisi tidak menerima $$ daripada pelanggan terakhir.
Zikri flashback. Ada seorang budak perempuan… Hmm siapa eh?
Setelah dinasihati ayahnya, barulah Taufik bersetuju untuk hanya membeli sebuah rumah HDB bersama Adi.
Oh no we are SHOOKT! Mereka adik beradik.
Oleh kerana saya telah menerima komen yang menyuruh saya untuk TIDAK mengatakan apa-apa kritikan, saya akan kata episod ini bagus dan menarik. Harap maklum.
Kalau nak baca ulasan positif, belilah majalah Manja! Eh, Manja pun lingkup!
– Pengkritk Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)