Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekiranya anda menghabiskan sisa-sisa malam anda di TikTok, pasti lirik “dulu lapar, tapi sekarang dah kenyang” terngiang-ngiang di minda kan?
Malah, ‘bunyi’ nyanyian Fariz Jabba dan OmarKENOBI ini mempunyai lebih 13,000 video di TikTok! Ia dijadikan satu trend atau cabaran dalam kalangan anak muda TikTok yang mencuba untuk lip-sync lagu ini dengan penuh stail!
Lagu berjudul Kalah ini bukan saja digunakan oleh anak muda di Nusantara, idola K-pop juga turut ikot serta TikTok ini.
Video asli yang dimuatnaikkan si empunya badan telah pun mencecah lebih sejuta tontonan di TikTok, dengan lebih 150,000 sukaan!
Tapi! Tentu ada je yang akan kata yang mereka dah ambil bahagian dalam trend ini sebelum ia cool!
Pada bulan April tahun lepas, Fariz Jabba telah memulakan #KalahChallenge. Ia memikat perhatia sebahagian masyarakat TikTok dan boleh dikatakan viral, tapi tak seviral sekarang.
Baguslah, ni orang kata tak putus asa! Semoga karyanya akan terus berkembang dan menembus pasaran antarabangsa!
biar sampai sejuta views!
So… korang dah buat TikTok ni belum?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: TikTok dan Youtube Fariz Jabba)