Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Aiman Haikal, seorang pempengaruh setempat di bawah naungan Night Owl Cinematics (NOC), mengambil keputusan untuk berehat dari wadah media sosial setelah tuduhan terhadap NOC, terutama pengasas dan ketua pegawai eksekutif, Sylvia Chan, tular di Instagram.
Itulah yang dikongsinya di IG Story awal hari ini.
Dalam IGSnya, Aiman menulis bahawa dia telah mengambil masa untuk memproses apa yang telah berlaku minggu ini. Dia juga masih dalam kontrak dengan syarikat NOC dan berharap segala isu dapat diselesaikan tidak lama lagi. Aiman juga mengetengahkan bahawa NOC bukan sekadar sebuah syarikat, malah ia juga periuk nasi bagi ramai orang.
Aiman kini akan berehat dari socmed untuk memberi perhatian terhadap orang yang tercinta dan berharap orang ramai akan menghormati ruang peribadinya.
Baru-baru ini, tular siaran Instagram mengenai tuduhan terhadap NOC.
Instagram sgcickenrice telah mengekspos peristiwa ini di Instagram mereka.
Sama ada tuduhan ini berasas atau tidak, benar atau tidak, masih menjadi tanda tanya.
We love the drama, kita tunggu je… Kebenaran akan sentiasa menang. Tiber jadi Papa Zola.
(gambar header: Instagram @aimanomg)
[…] ini, bakat di bawah naungan NOC, Aiman, bersenyap dari IG buat seketika apabila saga ini mula […]
LikeLike
[…] yang dikongsi akaun yang mengongsi aduan dan tuduhan terhadap syarikat media, Night Owl Cinematics […]
LikeLike
[…] Aiman jadi jin berdasarkan cerita dongeng klasik Disney Aladdin! Berketak sungguh […]
LikeLike
[…] Aiman Haikal (atau lebih dikenali sebagai Aiman OMG) telah meninggalkan syarikat hiburan Night Owl Cinematics (NOC). […]
LikeLike