Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekiranya anda sedang mencari tempat menarik untuk bersua bersama tercinta, atau hanya sekadar mencari kandungan di TikTok untuk viralkan, apa kata uolls tonton Tempoh kat Esplanade hujung minggu ini?
Berjudul Tempoh, ayuh menjelajah perjalanan muzikal bersama OrkeStar Trio dan Djangat!
Jika korang perasan, Tempoh adalah permainan kata tempo, unsur yang amat genting dalam muzik. Persembahan ini merupakan gabungan antara pemuzik dua negara iaitu Singapura dan Indonesia. Lautan menjadi pemisahan fizikal mereka tapi di atas pentas yang sama, kedua-dua entiti ini bakal mempersembahkan tata susuanan gubahan asli dan lagu-lagu yang melambangkan nilai, semangat dan citarasa orang-orang Nusantara.
Persembahan yang diarah Irfan Kasban ini bakal membawa penonton mengalami satu perjalan emosi dengan mewujudkan alam eklektik, lengkap dengan unsur interaktif, membawa muzik dekat kepada penonton!
Tempoh masa bagi Tempoh adalah dari 8 hingga 10 Oktober di Esplanade. Anda boleh dapatkan tiket-tiket di sini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Esplanade)