The Karims sentuh isu keakraban keluarga matang

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Akhirnya, semalam Min sempat tonton pementasan Keluarga Besar En. Karim di wadah dalam talian! Sebelum ini, Min beli tiket untuk tonton depan mata tapi dibatalkan sebab… P2HA? Entahlah yang mana satu.

Nasib selepas itu Checkpoint Theatre dan Esplanade memindahkan persembahan ni ke wadah digital! Sebab kalau tak, mampus dalam Fasa Penstabilan ni terpaksa cancel atau buat arrangement yang mematuhi sekatan Covid-19. Sia-sia je syarikat teater lain yang dah patuhi peraturan baru tapi asyik tukar-tukar!

Ditulis oleh Adib Kosnan dan diarah oleh Claire Wong dan Joel Lim, pementasan yang boleh anda tonton di rumah ini menonjolkan isu-isu yang dekat di hati masyarakat Melayu. Lagi-lagi keluarga matang. Apa yang Min maksudkan dalam ‘matang’ adalah keluarga yang mempunyai anak-anak di mana mereka sudah mencecah usia di mana keinginan untuk mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri mula terserlah.

Dalam keluarga Karim ini, Karim (Rafaat Hamzah) lah yang membuat keputusan. Ketua keluarga, katakan. Kuasa patriarki wujud dalam diri Karim tapi dengan kemunculan menantu lelaki, Aqil (Adib Kosnan), yang tidak sependapat dengannya dan mempunyai prinsip yang lebih moden mengenai keluarga, mampukah mereka hidup serasi sebumbung?

Walhal, jika kita lihat dalam gambar keluarga yang terpampang di ruang tamu, terbukti bahawa Aqil masih dianggap orang luar.

gambar: Checkpoint Theatre

Lihatlah warna baju yang mereka pakai. Aqil memakai warna merah jambu manakala keluarga Karim memakai warna-warna hijau. Dia tidak pakai sedondon dengan isteri dia, Balqis (Farah Lola) pun!

Satu lagi peristiwa yang menonjolkan kuasanya sebagai ketua keluarga adalah keputusannya untuk menghadiri segala majlis keluarga. Walaupun kehadiran mereka dalam majlis itu mampu menyakitkan hati anaknya Rinny (Rusydina Afiqah).

Ini kerana (spoiler alert) lelaki dalam majlis persandingan itu merupakan bekas kekasih Rinny dahulu! Tapi mereka ‘terpaksa’ hadir kerana pengantin perempuan tu saudara mereka.

Namun, benarkah Karim yang betul-betul membuat keputusan dalam keluarga ini? Unsur ‘takut bini’ dipergunakan dalam pementasan ini di mana isteri Karim, Normah (Dalifah Shahril), sebenarnya wanita yang membuat keputusan muktamad dalam keluarga ini, tidak secara langsung?

Dialah yang merapatkan perhubungan Aqil dan Karim apabila mereka ziarah kubur anak bongsu mereka, Diana. Dialah tempat mengadu kedua-dua anak gadisnya. Dialah yang mampu melembutkan hati suaminya yang sentiasa panas itu. Dialah yang menyatukan keluarga di meja makan untuk selesaikan segala salah faham.

Segalanya terbongkar di adegan terakhir tatkala mereka bermakan malam. Sebab mengapa Rinny meninggalkan Syafiq didedahkan. Kantoi pulak Aqil dan Balqis nak berpindah ke Australia.

Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial

Rahsia masing-masing dilepaskan, termasuk rahsia Karim. Dengan luahan setiap individu, mereka dengan pantas memahami satu sama lain dengan lebih mendalam lagi dan seolah-olah dapat melihat dunia melalui perspektif Karim.

Karim berkelakuan sebegitu bersebab, bukan kerana mementingkan diri. Dan dari situ, keluarga mereka mungkin sedar akan kepentingan meluahkan perasaan yang benar kepada satu sama lain. Kerana jika tidak, pergaduhan dan salah faham akan berlaku.

Apa yang Min suka tentang persembahan ini adalah isu pindah yang diketengahkan.

Rinny ingin berpindah kerana rasa terperap dan terperangkap di rumah. Seolah-olah tiada kebebasan.

Aqil dan Balqis pula ingin berpindah kerana kemungkinan kerjaya yang lebih baik untuk Balqis dan juga ingin ruang sendiri untuk memulakan keluarga.

Mereka semua ingin berpindah dan mempunyai niat yang berbeza tapi tidak sesekali pun mereka kata bahawa mereka ingin meninggalkan keluarga mereka. Apabila mendengar tentang ini, Karim pula berpendapat bahawa anak-anaknya tidak lagi ingin bersamanya walhal anak-anaknya sudah cukup dewasa untuk tinggal bersendirian. Malah, yang lagi satu dah kahwin pun!

Secara keseluruhan, jalan cerita Keluarga Besar En. Karim amat menarik sekali dan saspen! Lakonan barisan pelakon juga mantap sekali. Dan cinematographynya pula tidaklah 100% from an audience POV bila tonton teater. So Min suka lah sebab bukan one dimensional. Bila adegan watak-watak one-on-one tengah curhat, tu paling best sebab mereka menonjolkan vulnerability mereka, sekaligus membuat penonton memahami mereka dengan lebih mendalam.

Tapi… ada satu je Min rasa agak pelik. English to Malay ratio cam… tak kena. And skrip English pun tak rasa natural gitew. Tu je…

Korang boleh tengok ni sampai 15 Oktober, beli tiket di sini.

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Checkpoint Theatre)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s