Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Nak tengok Munah Bagharib jadi Kak Pon?
Ha… ni lah peluang keemasan uolls kalau nak lihat selebriti popular ini jadi seekor hantu kegemaran orang Nusantara, iaitu Pontianak!
Dalam permainan alam maya bertemu teater berjudul Murder at Old Changi Hospital, Munah memainkan watak Farah Aiyah, seorang bekas pembantu kantin di Hospital Changi Lama. Rohnya ingin berdendam kepada si polan yang bertanggungjawab atas kematiannya yang gerun itu.
Sempena bulan Halloween ini, Sight Lines mempersembahkan Murder at Old Changi Hospital, yang ditulis Chong Tze Chien. Dalam persembahan ini, anda memainkan peranan sebagai seorang penyiasat untuk selesaikan kes misteri pembunuhan menyeramkan ini!
Pengalaman escape room virtual ini akan berlangsung sekitar 90 minit, dari 8 Oktober hingga 7 November. Tiket-tiket bermula pada $45. Anda boleh menonton/bermain permainan persembahan ini bersama rakan-rakan anda. Terdapat beberapa tier tiket yang boleh anda dapatkan untuk mendapatkan pembayang yang lebih dan masa tambahan!
Yang menarik sekali, sekiranya uolls dapat teka dengan betul siapakah dalangnya, korang mungkin boleh menang staycation kat Shangri-La Singapore’s Valley Wing
(bernilai S$1,500++). Jadi, cepat lah beli tiket!
Antara pelakon lain yang akan membintangi pementasan ini adalah Joshua Lim, Jon Cancio, Wayne Lim, Erwin Shah Ismail dan Bright Ong. Sebelum ini, siri “Murder at” pernah berlangsung pada 2020 iaitu Murder at Mandai Camp: A Supernatural Murder Mystery dan Murder at Mandai Camp: The Case Reopens. Ini merupakan siri terakhir trilogi ini.
Bagi uolls yang suka pergi adventure atau carik-carik hantu dengan rakan atau keluarga, inilah masanya untuk luangkan masa bersama mereka melakukan kegiatan yang korang semua suka!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Sight Lines)
[…] dah tengok Munah jadi Kak Pon? Extended tau […]
LikeLike
[…] saja watak Hermia (Munah Bagharib), Egeus (Rizman Putra), Demeterius (Irsyad Dawood), Lisander (Fir Rahman), Theseus (Hatta Said) dan […]
LikeLike