Kesinambungan Murder at Mandai Camp

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda mempunyai banyak tanda tanya setelah menonton Murder at Mandai Camp pada Jun lalu, inilah masanya untuk mencari segala jawapannya!

Murder at Mandai Camp: The Case Reopens bakal menyaksikan para pelakon yang sama iaitu Erwin Shah Ismail, Bright Ong, Irsyad Dawood dan Ronald Goh, turut disertai personaliti popular Benjamin Kheng sebagai pegawai CID yang membuka kembali kes kematian Rekrut Ilhan.

Ditulis dan diarah oleh Chong Tze Chien, Murder at Mandai Camp: The Case Reopens merupakan escape room seram-misteri secara maya yang pertama di Asia, bersama permainan aksi secara langsung.

Kesinambungan pementasan ini menjngkau sempadan teater di dalam dunia digital dengan pemandangan 360°, bunyian sekeliling memukau dan mekanik di mana anda boleh memilih penerokaan anda sendiri.

Jika anda rasa seronok menonton Murder at Mandai Camp terbitan Sight Lines of Entertainment kerana keinteraktifannya, saspensnya serta jalan ceritanya, then… korang tak boleh miss yang ni lah!

Berlangsung selama 90 minit dari 8 malam hingga 4 pagi, bermula 22 Disember 2020 hingga 2 Januari tahun depan, orang ramai boleh mengalami pengalaman ini bila-bila masa dan di mana saja dalam tempoh masa ini.

Tiket-tiket bermula pada harga $20 di Sistic. Menarik sekali, penonton yang telah meneka pelaku sebenar akan berpeluang memenangi Cabutan Bertuah Misteri sebanyak $1000!

Dapatkah anda menyelesaikan kes kematian misteri ini? Atau memang kes ini akan tetap menjadi tanda tanya? Anda yang tentukan!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Sight Lines Entertainment)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s