Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Walaupun panggung teater tidak penuh, pelakon teater berbakat ini dapat membuat penonton rasa seolah-olah panggung itu full house dengan tepukan dan sorakan yang begitu meriah setelah tamatnya persembahan An Actress Prepares.
Itulah kehebatan Siti Khalijah Zainal, atau lebih manja dipanggil Siti K, yang sis pasti membuat ramai penonton menitiskan airmata apabila menonton kisah hidupnya sebagai seorang pelakon teater.
Apa yang membuat pementasan ini lebih bermakna ialah ini mungkin persembahan pertama yang ditonton peminat teater setelah hampir 9 bulan! Tentunya, ini merupakan pengalaman yang amat dirindui mereka!
An Actress Prepares mengisahkan hidup Siti K yang membesar sebagai gadis biasa-biasa di Boon Lay, yang mempunyai cita-cita yang besar untuk menjadi seorang pelakon teater. Walaupun tidak punyai pendidikan seni seperti teman seperjuangannya, serta the finances untuk teruskan mencapai cita-citanya, kekalahan dan putus asa tidak pernah terlintas dalam fikiran Siti K!
Siti K mengambil setiap peluang yang dilontarkan ke arahnya, belajar dari yang pakar dan bekerja keras untuk menjadi pelakon yang hebat, yang memenangi beberapa anugerah.
Beliau juga tidak lupakan penggiat teater yang sebelumnya, yang memberinya inspirasi untuk teruskan dalam industri ini.
Di sinilah sis mula rasa sebak sebab suara lunak Siti K menyanyikan lagu asal Sheila Majid bertajuk Legenda amat menyayat hati sekali. Pasti cair kalau korang dengar! Bolehlah Siti K masuk Anugerah 2021, eh?
Selain itu, suara nyanyi Siti K amat berbeza tau! Terutama sekali bila dia nyanyi Killing Me Softly With His Song. Very soft, very merdu dan very ayu suaranya!
And of course, lakonan Siti K tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh kerana monolog ini perlukan beliau go in and out of different characters dengan begitu pantas, dan setiap kali dia lakukan begitu, sis convinced yang sis dibawak ke babak yang lain dan menonton watak yang berbeza! Walaupun dalam persembahan ni, setnya sekadar meja yang diisi dengan barang solekan, dan Siti K hanya memakai jacket hitam jek!
Kami harap akan ada lebih peluang untuk kami tonton pementasan teater secara langsung setelah ini. Dan agar teater Melayu setempat terus mekar!
– Pengkritik Sandiwara