Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tak sampai sehari penjualan tiket dibuka kepada awam, tiket bagi pementasan An Actress Prepares laris dijual!
Persembahan Wild Rice ini, yang bakal berlangsung pada 4 hingga 22 November, merupakan pementasan pertama setelah berbulan-bulan seni pentas tidak dapat bersemuka dengan penonton dek Covid-19.
Nampaknya memang terbukti bahawa orang ramai amat merindui seni pementasan ini.
Monolog yang dilakonkan oleh ratu teater Melayu, Siti K akan berlangsung di panggung Funan. Penjualan tiket didahulukan kepada ahli Angels Khamis lalu, dan hanya dibuka kepada orang awam awal hari ini.
Selang beberapa jam kemudian, syarikat teater setempat itu mengumumkan bahawa mereka dah SOLD OUT!
Adoi… cemburunya!! Saya nak pergi ๐ฆ
Walau bagaimanapun, kami harap pementasan ini akan menjadi detik permulaan yang bermakna bagi penggiat seni teater untuk sambung semula persembahan di panggung dengan kebiasaan baru! Syabas dan semoga maju jaya, W!ld Rice!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: W!ld Rice)
[…] kita hanya dapat menonton Ratu Pentas ini di teater. Kalau berlakon di Suria pun, watak-watak kelakar […]
LikeLike
[…] ini saja, anda boleh tonton Tuesdays with Morrie dan An Actress Prepares, masing-masing oleh syarikat teater setempat iaitu Singapore Repertory Theatre dan Wild […]
LikeLike
[…] Walaupun panggung teater tidak penuh, pelakon teater berbakat ini dapat membuat penonton rasa seolah-olah panggung itu full house dengan tepukan dan sorakan yang begitu meriah setelah tamatnya persembahan An Actress Prepares. […]
LikeLike