Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, pelakon asal Singapura, Aaron Aziz telah menyuruh sebuah blog menurunkan artikel mereka di mana tajuk mereka amat tidak tepat.
Apakan tidak, tajuk yang dimaksudkan berbaur fitnah yang boleh mengundang salah faham terhadap pembaca dan membuat orang ramai terfikir bahawa kebahagiaan rumahtangga Aaron dan isterinya, Diyana Halik di atas batu (on the rocks).
Dalam artikel yang telah dipadam oleh sinarviral, tertulis di tajuknya bahawa kononnya Aaron ‘berasmara’ dengan perempuan lain. Walhal dalam artikel, ia menjelaskan bahawa ‘bukti’ itu cuma komen manja jenaka yang ditulis Aaron di ruangan komen Instagram Preity Zinta.
Aaron menulis, “Hi Sayang..masak apa hari ni? Abg balik lewat sikit k…Jangan rindu Abg sangat k…”
Bahkan, ini juga dikongsi Diyana Halik sendiri di mana dia faham bahawa suaminya cuma sekadar bergurau dengan pelakon Bollywood yang diminati Aaron.
Setelah mendapat tahu bahawa artikel viralkini menggunakan tajuk clickbait yang berbaur fitnah, Aaron dengan segera menyuruh blog itu menurunkan artikel tersebut dan sekiranya tidak, tindakan akan diambil.
Mujur artikel itu dipadamkan segera dan Aaron pun memadam siaran di mana dia menyuruh blog tersebut padam artikel itu. Kemudian, Aaron memuatnaikkan video di mana dia menyatakan agar jangan gunakan ‘tajuk-tajuk bodoh’ yang mampu memfitnahkan orang dan buka aib orang.
Hais… apalah. Dah nampak sah suami isteri tu sedang berjenaka, kenapalah blog-blog gosip ni semua nak hebohkan ke tahap fitnah?
You can still write an article without being… offensive tau?
Padahal pasangan suami isteri tu bahagia sangat, ye. Ni cuma gurauan je. Agak admin viralkini tak pernah bergurau dengan sang isteri atau suami. Single kot?
Gitew, nanti ade orang kecam sis sebab kata dulang paku serpih! Tiber.
Yang penting, jom beli pewangi Aaron Aziz!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: IG Aaron Aziz & Preity Zinta)
[…] warganet seberang Tambak tu selaluuuuu nak kecam kan? Ada yang kata Hero Malaya ni dah berisi. Aaron Aziz yang beraksi, dia yang sesak nafas? […]
LikeLike