Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, hangat satu Malaysia tatkala seorang pelakon bernama Elvina Mohamad mengongsi sepotong video di Instagramnya menunjukkan babak lakonan drama.
Dalam video singkat itu, Aaron Aziz melakonkan adegan beraksi.
Tapi itulah, warganet seberang Tambak tu selaluuuuu nak kecam kan? Ada yang kata Hero Malaya ni dah berisi. Aaron Aziz yang beraksi, dia yang sesak nafas? Tiber!
Sampai terkeluar artikel tentang komen-komen sinis warganet. Amboi… sedapnya mulut.
Sepantas kilat, isteri tersayang, Diyana Halik, muncul dengan penjelasan demi nama baik suami!
Diyana Halik menjelaskan bahawa suaminya baru baik pulih buku lali dan lutut, dan menggesa Aaron untuk berehat. Tapi oleh kerana sikap profesionalismenya, Aaron tetap jalan terus dengan penggambaran.
Diyana berkata untuk menjaga bentuk badan memerlukan masa dan tenaga yang banyak, bukan perkara senang. Orang yang memberi komen pun bukannye cantik sangat body mereka. Diyana juga menggunakan tanda pagar #stopbodyshaming.
Spill, kak! Memang tak patut orang ramai berkata sebegitu. Tak kisahlah rupa badan Aaron macam mana, yang penting Aaron dah pun melaksanakan tugasnya dengan betul.
Ok je Min tengok babak tu. Lagi pun, saiz badan dad bod is the thing now! Kan best being chonky. Kita sepatutnya menerima setiap saiz badan.
Itulah realiti dunia, saiz badan bertukar-tukar. Bukan 24 jam ada otot berketak-ketak atau ramping macam Saloma.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Elvina Mohamad, Diyana Halik)
[…] kami ucapkan yang terbaik! Dan kalau terpilih, dah sama taraf dengan pelakon asal Singapura seperti Aaron Aziz dan Adi […]
LikeLike