Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Akhirnya, kini pasti. Aliff Aziz menjuarai GV ke-8, menewaskan 5 lagi peserta.
Setelah selama 10 minggu berentap di gelanggang Gegar Vaganza 8, pemenang peraduan realiti menyanyi itu diumumkan.
Satu-satunya wakil Singapura, Aliff Aziz telah mengharumkan nama Singapura. Aliff melantunkan suaranya di pentas akhir GV8, menyanyikan lagu Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir dan Dealova oleh Once Mekel.
Aliff turut rap di Battle Round bersama Aweera dengan lagu Bangun. Aweera berada di tempat ke-6.
Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor dan Azan Scan masing masing berada di tangga kedua, ketiga, keempat dan kelima.
Ini merupakan kali kedua bakat Singapura memenangi peraduan realiti GV. Ia seolah-olah satu penghormatan buat Hady Mirza yang terpaksa mengongsi takhtahnya bersama Naqiu.
Aliff membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta piala.
Selama perjalanannya di Gegar Vaganza, Aliff Aziz telah mengekalkan posisinya di tangga 3 teratas tiap minggu kecuali minggu ke-4.
Kemunculan Aliff di Gegar Vaganza membuktikan bahawa Aliff seorang penyanyi yang amat berbakat dan versatil. Peminatnya masih mengharapkan terbaik untuknya dan kisah silamnya kini boleh dianggap sejarah.
Bukan itu saja, Bella Astillah juga menjadi penari backupnya pada minggu ke-7.
Mungkin lepas ni media Singapura (Suria) akan menjemput Aliff dalam rancangan nyanyian kutip derma bersama Aisyah Aziz?
Tahniah Aliff Aziz, anda adalah bukti bahawa apa saja boleh dicapai sekiranya keluarga memberi sokongan dan diri sendiri bekerja keras untuk mencapai impian!
Semoga comeback ini akan membangkitkan semangat Aliff dan terus gemilang di industri hiburan.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Astro Gempak)
[…] dapat lihat peristiwa serupa beberapa tahun yang lalu waktu Hady Mirza di Gegar Vaganza dan kini ia berulang lagi. Semoga saluran setempat dapat kembalikan keseronokan yang pernah dialami penonton […]
LikeLike
[…] setakat di situ, tontonlah Big Stage di Astro bila dah mula minggu depan. Ia menggantikan slot Gegar Vaganza. Minggu ini Astro akan siarkan Anugerah MeleTOP […]
LikeLike
[…] tak pernah salah alamat. Setelah memenangi Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz telah diundang untuk menjadi pengadil undangan bagi rancangan peraduan realiti terbitan […]
LikeLike
[…] gaya rezeki pemenang Gegar Vaganza 8 tak […]
LikeLike
[…] Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz, ada buat cover lagu Raya bersama penyanyi nombor 1 Malaya, Dato’ Sri Siti […]
LikeLike
[…] ini, wakil Singapura Hady Mirza dan Aliff Aziz pernah memenangi peraduan menyanyi Gegar Vaganza anjuran Astro […]
LikeLike