Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Rezeki tak pernah salah alamat. Setelah memenangi Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz telah diundang untuk menjadi pengadil undangan bagi rancangan peraduan realiti terbitan Astro iaitu Big Stage.
Menurut seorang warganet, Aliff Aziz merupakan ‘juri juara’.
Juri juara adalah seorang juri yang pernah menjuarai peraduan yang dikendalikan Astro. Juri tetap Big Stage 2022 adalah Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai.
Pempengaruh dan usahawan termasyhur, Dato Sri Vida merupakan Presiden Netizen, juri yang akan membaca pendapat warganet manakala Mas Idayu memainkan peranan Juri Pedas.
Nampaknya, ramai warganet yang suka dengan cara Aliff Aziz memberi komen peserta!
Dan semestinya, ada haters la…
Ok, Min nak tengok la kat YouTube peserta-peserta Big Stage. Belum sempat tengok!
Siapa yang korang sokong: Aisha Retno, Elica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Syafiq Abdila, Tegar Septian atau… Ahmad Iqbal?
Yes, dialah peserta kejutan!
Tercengang DSV, mampui.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Astro Gempak)
[…] menjadi Juria Juara di peraduan realiti Big Stage 2022 pada minggu pertama, Aliff Aziz dijemput kembali lagi. Bukan sekali tapi dua […]
LikeLike