Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pabila menonton 3 episod pertama Dualiti, Min agak terpukau dengan konsep serta idea drama ini.
Bak kata Salif Hardie di wawancara bersama Berita Harian, sesuatu yang seiring dengan drama Netflix!
Tapi alangkah kecewanya Min bila terus menonton drama ini. Semakin lama rasa macam semakin tak masuk akal. Kesian!
Pada mulanya Min taruhkan harapan tinggi pada drama di luar kotak ini yang menyatukan unsur pembunuhan, alam maya, saspens, masa depan dan lain-lain dalam satu drama bersiri. Malang sekali, drama ini tercampak di luar kotak jauh sekali.
Dalam siaran ini, Min akan berkongsi mengapa drama ini sebuah drama yang… flop.
Show not tell
Sebagai penonton, kita lebih suka jika kita ditunjukkan bagaimana sesebuah situasi berlaku. Bukan diberitahu mengapa ia berlaku.
Dalam Dualiti, watak-watak memberitahu satu sama lain akan backstory mereka atau apa yang terjadi. Ini membuat drama ini penuh dengan skrip padahal drama ini boleh dikembangkan menjadi 45 minit satu episod untuk menonjolkan apa yang benar-benar berlaku.
Bahasa
Kenapa banyak sangat code-switching dalam drama Dualiti? Sehinggakan ia amat janggal sekali!
Tak kisah lah code-switch bahasa apa. Si watak Deandra (Cassandra Spykerman) yang berbual Indonesia pun tak tetap. Kadangkala guna terma-terma Indonesia seperti ‘kamu’, adakala guna terma Melayu Singapura ‘diorang’.
Seperti apa Min dah tulis dalam siaran sebelumnya, skrip untuk drama ini seolah-olah bukan untuk perbualan harian. Adakah pelakon-pelakon membaca skrip sebelum melakonkan babak dan memberitahu sama ada skrip itu kedengaran normal atau janggal?
Bak kata Nizam Zakaria dalam ruang komen di TikTok:
Pelakon
Well, Hanan bukanlah pelakon yang sehebat mana tapi tak boleh dinafikan bahawa pempengaruh ini sudah cuba sedaya upaya. Min rasa lebih banyak pelakon wanita yang layak untuk watak ini.
Hanan dulu main drama Tai Tai Berkecai, tu tahun 2020. Setahun kemudian main drama ni, lakonan tetap meh.
Secara terus terang, Sofia Dendroff harus pegang watak Amirah! Dan Sofia Dendroff juga harus diberi lebih banyak skrip Melayu.
Lakonannya amat semula jadi terutama sekali dalam Bahasa Melayu! Kesian, wataknya tidak diberi air time sebanyak watak Hanan. They should have switched.
Satu lagi soalan cepumas. Kenapa production house ni (Adara Pictures) asyik ambil pelakon sama? Adakah ini satu perkara yang biasa dilakukan dalam industri lakonan setempat?
Busana
Dalam drama pembunuhan alam maya di mana mereka sering di hutan, kenapa mereka pakai baju cantik-cantik?
Asyik-asyik tukar baju. Fashionable pulak tu. Ade yang kat gameshow si Salif Hardie nye coat tunjuk bulu dada? Apa motif???? Thirst trap ke?
Kalaulah mereka pakai pakaian yang sama sepanjang masa, kan lebih berkesan dalam menunjukkan rintangan yang telah mereka lalui.
Apa yang Min maksudkan adalah jika dari Detik Pertama hingga Detik Terakhir pakai baju sama, penonton boleh lihat betapa kotor/buruk pakaian mereka. Ini mencerminkan cabaran yang mereka lalui serta mengingatkan penonton bahawa mereka tersekat di hutan dah lama dah. (show not tell element here)
Ni tak, asyik tukar-tukar baju tanpa motif.
Senjata
Dalam episod pertama, mereka tiba di alam maya sambil memegang senjata. Di episod akhir apabila berdepan dengan musuh pun sama.
Sekiranya mereka punyai hubungan dengan senjata itu (menunjuk bagaimana mereka belajar guna senjata tersebut) akan lebih bermakna. Ni tidak, last ep terus boleh tau macam mana pakai senjata tu???
Pengakhiran
Episod akhir amat mengecewakan sekali. Kenapa mereka secara tiber di depan kuil memakai busana Cina bertemakan Kung Fu? Abeh ade yang terus ade black belt pulak tu. Konpius!
Abeh in the end ni semua permainan Tengku??? Jadi semua kononnya berkait rapat la.
Pembunuh Sarah bukan kawan-kawan dia pun. Sia-sia mereka lakukan ni semua tau?
Sesungguhnya, Dualiti punyai permulaan yang rancak dan penuh harapan tapi diakhiri dengan penuh hambar dan kekeliruan.
Seorang pengguna Twitter juga berpendapat sebegitu.
Uolls bacalah bebenang @hopeily. Dari dirinya yang eksaited tonton episod-episod pertama terus penuh kekecewaan.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Adara Pictures Instagram)
[…] yang dikongsi di IGS bintang Dualiti itu baru-baru ini tatkala menonton rancangan menyanyi tergempak, Berani […]
LikeLike
[…] dan light-hearted. Kalau korang bosan dengan drama yang terlalu serius seperti S.P.Y., Identiti, Dualiti, Bidadari dan lain-lain di Suria, boleh tonton […]
LikeLike
[…] untuk watak-wataknya dalam drama tempatan Mediacorp (Suria serta Channel 5) seperti S.P.Y., Dualiti, Faculty, Kin, TiTouDao […]
LikeLike