Pelakon asal Singapura, Sofia Dendroff, menjadi salah seorang watak utama dalam drama terbaru TV3 Malaysia.
Drama yang di dalam slot Akasia itu berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta. Ia akan mula disiarkan esok (24 Mei). Ia bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Beliau menghidupkan watak Indah Kamelia.
Sebelum ini, pelakon ini juga mengongsi sedikit teaser tentang penglibatannya dalam drama TV3 ini di Twitternya:
Hero dalam drama ini dimainkan oleh Ismail Izzani sebagai Isa Rafael.
Antara pelakon lain yang terlibat dalam Bukan Hanya Sekadar Cinta arahan Riza Baharudin ini adalah:
Muaz zabir sebagai Ilan Rafzal
Daniella Sya sebagai Anne
Syamim Farid sebagai Lisa
Liza Abdullah sebagai Dahlia
Hafizuddin sebagai Datuk Razman
Aleza Shadan sebagai Datin Rafika
Dian P. Ramlee sebagai Zulaikha / Lee Mei Xiang
Afifah Nasir sebagai Fatimah
Izzendra sebagai Jannah
Laura Olivia sebagai Khadeeja
Sebelum ini, Sofia Dendroff pernah terlibat dalam drama ‘Tiada Maaf Buatmu‘ dan ‘Patah Sayap Bertongkat Paruh’ terbitan Astro Malaysia. Beliau juga pernah membintangi sebuah filem berjudul ‘Bulan dan Pria Terhebat’.
Di Singapura, Sofia Dendroff dikenali untuk watak-wataknya dalam drama tempatan Mediacorp (Suria serta Channel 5) seperti S.P.Y., Dualiti, Faculty, Kin, TiTouDao antaranya.
Kami mendoakan yang terbaik buat pelakon cantik molek itu yang kami kenali menerusi drama bersiri berjudul Interns 2 ini. Semoga terus berjaya, dan ilmu lakonan bertambah baik! Harumkan nama Singapura dan capailah cita-cita sebagai seorang anak seni.
Kepada peminat Singapura yang ingin tonton, kalau ada TV Box tu ok lah. Atau yang ada VPN boleh tonton di tonton.com.my?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook A. Aida Productions Sdn Bhd)