Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama penuh aksi, S.P.Y., yang kini sedang bersiaran di saluran Suria memanglah memukau.
Drama ini mengetengahkan bakat-bakat muda seperti Salif Hardie, Iskandar Shah, Tysha Khan, Sofia Dendroff serta anak-anak Rahman: Fadhlur dan juga Fir.
Walaupun ia sebuah drama polis di mana mereka menyiasat kes-kes jenayah melibatkan belia, drama ini juga meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di mana isu kesihatan mental sering diperbualkan. Dan Min hanya tonton 3 episod pertama!
Selain itu, lokasi penggambaran bagi S.P.Y. juga amat cantik. Cara lokasi ditonjolkan dalam drama ini sungguh menyerlah, seolah-olah disengajakan untuk mengajak penonton agar melawat tempat-tempat ini.
Namun begitu, setakat 3 episod ini, jalan cerita S.P.Y. boleh dikatakan pernah Min tonton. Inspektor Yusuf (Fadhlur Rahman) mempunyai firasat bahawa kes yang pasukan dia sedang siasat berkait rapat dengan kes adiknya.
Dan mengikut protokol, dia tidak sepatutnya terlibat dalam kes adiknya. Plot ni macam dah guna pakai banyak kali, kan?
Tapi Min masih ingin tonton sebab kes-kes ini melibatkan belia. Sesuatu kelainan yang jarang dilihat.
Skrip (oleh queen Seri Jaes) dan lakonan bagi drama ini juga amatlah baik dan semula jadi, so kita tonton je lah eh? Min pun nak tahu kesudahan drama ni.
Lakonan Sofia Dendroff dalam drama ni pun memang jauh lebih bagus kerana diberi lebih banyak skrip dalam Melayu dan bukan Inggeris! Selain itu, memang mengagumkan melihat lakonan Sofia Dendroff yang telah improve so much dari lakonannya di Interns 2.
Min juga tak sabar nak tengok perkembangan hubungan antara Jamal dan Johari. Potential character arch gitew.
Ok, Min nak sambung tengok S.P.Y. ye.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: mediacorp)
[…] uolls nak sokong drama setempat, korang mesti tonton S.P.Y. di […]
LikeLike
[…] dikenali untuk watak-wataknya dalam drama tempatan Mediacorp (Suria serta Channel 5) seperti S.P.Y., Dualiti, Faculty, Kin, TiTouDao […]
LikeLike