Sempurna teroka jalan cerita dari sudut berbeza

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Apabila menonton sebuah drama, selalunya kita akan faham dari perspektif beberapa watak sahaja. Terutama watak utama.

Dan kami melihat jalan cerita berkembang melalui pandangan watak utama, bagaimana situasi menjejas kehidupannya dan mengapa dirinya melakukan sedemikian.

Tapi dalam drama Sempurna ini, penonton dapat memahami niat watak-watak berbeza kerana anda diajak untuk melihat kejadian utama, iaitu kematian Myra, dari sudut setiap watak (agaknye, Min baru tonton 3 episod pertama).

Dibintangi Sabrina Nasir, Iskandar Mazlan, Hazim Saini, Haziqah Hashir, Asraf Amin, Shaquille Daniel dan ramai lagi, drama ini juga mengenai anak-anak muda atau Gen Z.

Dek taksub dengan socmed, huru-haralah hidup mereka.

Myra terakam sesi LIVE apabila dia bergaduh dengan pakwenya. Dan oleh itu, tularlah sesi LIVE tersebut. Teresak-esak, Myra sambung LIVEnya sambil melintas jalan raya.

Secara klisyenya, dia dilanggar sebuah kenderaan dan mati. Dan mulai itu, dalam setiap episod, watak utamanya akan bertukar.

Penonton diberi peluang untuk berada di dalam kedudukan watak-watak berbeza. Mungkin dengan cara begini, kita dapat faham apa yang sebenar-benarnya terjadi.

Secara terus terang, Min suka dengan cara kisah ini dibentangkan. Memang penting untuk kita memahami dari sudut yang berbeza apabila sebuah konflik telah berlaku. Ini membantu kita memahami keadaan dengan lebih mendalam dan agar kita tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Apabila semua butiran dan fakta sudah tertera kepada kita, pandai-pandailah buat tafsiran yang kita rasa paling adil. Tapi sebagai manusia, kita punyai kelemahan. Kita pasti menyebelahi seorang lebih, kan? Berat sebelah. Tapi tu memang lumrah.

Disebabkan itu, Min amat curious akan kesudahannya. Setelah setiap kisah oleh semua watak dikongsi, bagaimana jalan cerita ini akan berakhir? Menarik, kan!

Apa yang Min tak berkenan sangat dalam drama ni adalah premisnya iaitu socmed dalam kalangan belia. Dah jelak Min tengok drama-drama Melayu di mana hidup mereka terlalu berkait rapat dengan socmed. Padahal golongan Millennials atau Boomers pun gila socmed. Dan mereka lagi ketagih kot?

Kenapa drama-drama Melayu ingin seolah-olah mencerminkan bahawa anak muda saja yang terlalu taksub dan harapkan socmed? Memang socmed bahagian daripada hidup kita tapi ia juga tidak memanusiakan anak muda kita.

Selain itu, Min tak suka sangat bila socmed itu disifatkan sebagai ‘bukan realiti’. Padahal dalam zaman serba canggih ini, realiti adalah socmed!

Baiklah, Min nak sambung tengok ok.

taccod

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: mediacorp)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s