Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Buat julung-julung kalinya, Mediacorp telah mengadakan anugerah untuk mengiktiraf pembikin kandungan (content creator) dalam talian iaitu The Pinwheels.
Anugerah itu disiarkan secara langsung di saluran YouTube MeWatch, dihoskan Munah Bagharib dan Royce Lee.
Saluran YouTube Melayu popular, UXM (Urban Xtreme Monkeys) telah merangkul kategori Paling Popular bagi video mereka yang bertajuk CERITA HANTU EP1: Delivery Rider Dikejar POCONG !!
Video itu telah mendapat lebih setengah juta tontonan dengan 13,000 sukaan.
Antara pemenang lain adalah:
Kecantikan & Fesyen Terbaik – Motherhsip
Podcast/Komentar Terbaik – YEOLO
Terpaling Inovatif – Wah! Banana
Resipi Terbaik – The Meatmen Channel
Komedi/Drama Terbaik – Dargoyaki
Gaya Hidup Terbaik – BenRanAway
Konten Tahun Ini – 360 Entertainment Productions
Tek/Permainan Terbaik – Motorist
Kebaikan Sosial Terbaik – O plus by OGS
Pendatang Baru Terbaik – MQFish
Dokumentari/Bukan Rekaan Terbaik – Our Grandfather Story
Kolaborasi Terbaik – RPPRODS
Anugerah Content Creator of The Year (Pembikin Konten Tahun Ini) diberi kepada 360 Entertainment Productions, dan mereka memenangi geran sebanyak $10,000 dari Mediacorp! Wow, what’s the catch agaknye?
Min cuma rasa pelik bahawa Mediacorp lah yang menganjurkan Anugerah seperti ini… kandungan mereka tak gah ke sampai diorang harus anugerahkan konten lain?
Harap-harap pembikin konten akan terus melakukan konten kerana ingin melakukan konten dan bukan untuk mediacorp. Period!
Tahniah sekali lagi, UXM!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: mediacorp)
[…] Selain Sezairi, antara YouTuber Melayu Singapura yang mempunyai pingat YouTube Perak atau cecah 100,000 pelanggan adalah Malam Seram, True Horror Stories POV dan UXM. […]
LikeLike