Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Selepas 30 tahun ia pertama kali dipentaskan, pengarah dan penulis Noor Effendy Ibrahim membentangkan pementasan berjudul ANAK yang telah diberi nafas baru.
Pertama kali dipersembahkan pada 1992, Anak Melayu diterima oleh masyarakat Melayu dengan penuh keraguan dan hati-hati. Ini kerana karya ini memaparkan jiwa enam orang belia Melayu yang keras, terganggu dan tidak mudah memaafkan serta hubungan mereka bersama keluarga, agama dan cinta.
Meskipun tiga dekad sudah berlalu, watak-watak dalam karya ini masih relevan dan kekal wujud dalam masyarakat kita. ANAK menjerat kita dalam jaringan yang berkalut dengan setiap watak kian mereka melayari realiti hidup masing-masing dan dengan satu sama lain.
ANAK akan berlangsung di Esplanade dari 17 hingga 20 Mac, dan tiket-tiket boleh didapati di sini. Barisan pelakon yang akan menjayakan pementasan ini adalah Farah Lola, Rusydina Afiqah, Shafiqhah Efandi, Al Hafiz Sanusi, Ali Mazrin dan Saifuddin Jumadi.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Esplanade)
[…] pekik-pekau. Begitulah suasana tatkala menonton pementasan Anak baru-baru […]
LikeLike