Anak kupas trauma dalam kalangan belia

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pesta pekik-pekau. Begitulah suasana tatkala menonton pementasan Anak baru-baru ini.

Apabila berada di luar panggung, menunggu saat untuk masuk, boleh terdengar jeritan serta tangisan, diiringi dentuman dram.

Tatkala berada di dalam panggung, bulu roma mula berdiri melihat setnya yang agak menyeramkan dan menggerunkan. Barisan pelakon pun sudah berada di atas pentas, mengulangi aksi mereka berkali-kali.

Untuk melengkapi pengalaman menonton pementasan Melayu ini, penonton diajak berduduk lantai, gitew.

gambar: Akbar Syadiq

Anak membentangkan trauma dan pengalaman yang mungkin dilalui anak Melayu, yang malangnya kekal relevan hingga kini.

Secara terus terang, memang sukar untuk memahami karya Noor Effendy Ibrahim ini. Ini kerana tiada jalan cerita kronologi untuk diikuti. Malah, setiap watak mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsikan.

Apa yang Min boleh tafsirkan adalah setiap watak merupakan personifikasi trauma dan pengalaman.

Watak-watak ketara adalah Johari (Ali Mazrin), Fuad (Al Hafiz Sanusi) dan Hayati (Farah Lola).

Terkejut Min melihat Hayati menjadi dominatrix untuk Fuad yang memegang watak seekor pup.

gambar: Akbar Syadiq

Walaupun watak Norliza (Rusydina Afiqah) sering berada di pinggir pentas, lakonannyalah yang paling mantap! Cara dia gesek (??) lantai sudah cukup mencuri perhatian, apatah lagi apabila dia menyampaikan skripnya. Sungguh memukau melihat ekspresinya menghidupkan watak Norliza ini.

Watak Shalawati (Shafiqhah Efandi) dan Khaizal (Saifuddin Jumadi) juga memainkan peranan penting dalam Anak.

Natijahnya, Anak sebuah karya yang sukar untuk ditonton. Sekiranya perasaan anda mudah tercetus, harap maklum bahawa topik-topik seperti bunuh diri, perkosa, penderaan dll dikupaskan dalam pementasan ini.

– Pengkritik Sandiwara

gambar header: Akbar Syadiq

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s