Opposition: politik jejas peribadi

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Siapa sangka, melihat Siti Khalijah memegang watak butch/pengkid adalah sesuatu yang kita perlukan selama ini?

gambar: Tuckys Photography

Dalam persembahan terakhir di blackbox The Necessary Stage (TNS) yang terletak di Balai Rakyat Marine Parade itu, karya berjudul Opposition dipentaskan buat penonton sebelum TNS berundur diri dari tempat kediaman mereka yang dijadikan rumah selama 20 tahun.

Menonton Opposition yang dijayakan dengan kerjasama Drama Box seolah-olah menjemput penonton menjenguk kehidupan peribadi watak-watak menerusi persembahan berbilang media dalam bentuk dokumentari.

Tidak boleh dinafikan bahawa semasa khusyuk menikmati persembahan yang dihidupkan oleh Goh Guat Kian, Joshua Lim, Masturah Oli, Siti Khalijah Zainal, dan Tan Guo Lian Sutton ini, kami dapat merasakan keperitan dan kesedihan pasukan TNS meninggalkan rumah mereka.

Apakan tidak, Opposition seumpama cerminan realiti yang dihadap TNS. Tema perpisahan, pengganti dan pindah amat ketara sekali dibongkarkan.

gambar: Tuckys Photography

Bukan itu saja, isu ‘life imitates arts’ juga ditonjolkan menerusi adegan-adegan berbeza yang berlaku pada tahun-tahun berbeza. Terutama sekali perhubungan watak Jackie, Ram Ini bermakna karya yang dikongsi oleh TNS selama ini dekat dengan hati mereka dan ada kemungkinan ia pernah memberi kesan kepada kehidupan mereka.

TNS dan Drama Box juga berjaya menyatukan isu politik dengan keperibadian. Bak kata pepatah, “the personal is political.” Dalam Opposition, penonton dapat lihat bagaimana takdir pilihan raya menjejas kehidupan individu, terutama sekali mereka yang minoriti. Walaupun pilihan raya berlaku 4-5 tahun sekali, ia menjejas kehidupan kita selama-lamanya.

Perhubungan antara Jackie dan Ram adalah sesuatu yang tidak pernah saya terlintas dalam fikiran untuk melihat dalam teater Singapura. Mereka merupakan the power couple yang mengatasi segala onak dan duri sebagai pasangan sejenis, sebagai wanita yang terpaksa merahsiakan cinta mereka. Namun, pada masa yang sama, dapat menikmati kebahagiaan kerana mengongsi minat yang sama. Tapi apakan daya, cinta itu hanya sementara kerana tabiat, atau the self-saboteur dalam diri Ram inginkan kelainan.

gambar: Tuckys Photography

Ram juga berada di dalam dilema kerana ingin menggapai kebahagiaan dunia tetapi masih berpegang teguh kepada prinsip agamanya.

Di akhir persembahan, persoalan yang boleh kita tanya kepada diri sendiri adalah, “adakah yang patah akan tumbuh, dan yang hilang selalu ada penggantinya?”

Opposition akan berlangsung hingga 3 April, anda boleh dapatkan tiket anda di sini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Tuckys Photography)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s