Order On The Go singkap jerit perih penghantar makanan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tamatnya pementasan rondaan Order On The Go, haus, bahang, ingin terkucil dan penat terasa.

Pengalaman langsung

Apakan tidak, penonton diajak menjelajah Kampong Glam sambil menikmati persembahan yang dilakonkan oleh Erwin Shah Ismail selama hampir sejam! Mungkin inilah kepenatan yang dirasa para penghantar makanan yang berjalan demi memberi makanan ke pintu anda.

Ala-ala rombongan umrah

Sebelum bermulanya Order On The Go, penonton diberi peranti bagi mendengar perbualan dalam persembahan ini yang bermula di Pusat Seni Aliwal. Kakitangan yang menjelaskan bagaimana ia berfungsi dan apa yang harus anda lakukan amatlah peramah sekali!

Mereka jugalah yang patut anda ikut selama persembahan rondaan. Penonton dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, untuk memastikan jarak selamat. Ada lanyard berwarna untuk ingatkan anda kumpulan anda. So korang tak usah risau!

Perspektif mereka

Kita sering membaca kisah-kisah lucu atau pelik tentang penghantar makanan (dari sudut pembeli) di Mothership atau wadah berita lain, namun dalam karya Erwin ini, penonton mengenali si penghantar makanan dengan lebih rapat lagi, seperti sesi curhat dengan seorang rakan.

Ada kalanya mereka berdepan dengan pelanggan kurang munasabah, ada pulak pelanggan yang mengukirkan senyuman. Seperti Kulit On The Go, Erwin akan bertukar loghat untuk menghidupkan watak-watak berbeza demi merealisasikan kisah-kisah ini.

gambar: Zinkie Aw

Sungguh terpegun melihat Erwin yang menjayakan watak seorang mat salleh, ahbeng, aunty dan of course, seorang abang delivery. Dan setiap daripada mereka mempunyai cerita mereka tersendiri.

Isu-isu genting dibongkar

Dari topik xenofobia, mereka yang terpaksa rahsiakan kerja sambilan ini, tidak terlupa isu makanan non-halal dan pelbagai lagi.

Sebab mengapa mereka memilih kerjaya ini berbeza-beza. Ada yang ingin luangkan masa, ada yang inginkan gaji tambahan. Ada pula yang mengutamakan keluarga dan kerja fleksibel ini membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bersama orang tersayang.

Apa yang benar-benar ketara adalah aspek kebajikan yang (tidak) diberikan kepada penghantar makanan. Selalunya, syarikat ini tidak membiayai keperluan seperti basikal, topi keledar, mahupun alat mobiliti peribadi untuk pekerja kurang berupaya.

Apatah lagi perkara remeh seperti cuti sakit, insurans dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Nasib lah yang ‘walkers’ semua ada kaki sendiri. Kalau tak, agaknya syarikat ni semua suruh buat kaki sendiri, beb.

gambar: Zinkie Aw

Takeaway penonton

Dalam kita menunggu makanan kita untuk tiba, kadang kita alpa akan situasi penghantar makanan. Mereka juga manusia yang mempunyai orang tersayang yang menunggu mereka di rumah. Mereka sanggup bekerja di panas matahari, merentasi hujan lebat semata-mata untuk memberi anda makan. Jadi, bukannya susah untuk melayan mereka dengan lebih baik dan memberi tip sekiranya anda mampu.

Di akhir Order On The Go, Erwin berjaya meluaskan pandangan penonton terhadap penghantar makanan melalui watak-watak yang muncul dalam persembahan ini. Penonton juga seolah-olah mengenali penghantar makanan dengan lebih intim lagi melalui sesi curhat ini.

Teater rondaan solo ini menambahkan lagi unsur realisme kisah penghantar makanan yang ke hulu ke hilir. Penonton bukan saja dapat menonton, bahkan dapat mengalami sendiri syif seorang penghantar makanan!

Syabas kepada pasukan Order On The Go. Sekiranya anda berminat, tiket-tiket boleh didapati melalui Peatix di sini.

Nak more of teater rondaan please!

@pengkritiksandiwara

Jelajah Kampong Glam with Order On The Go – roving theatre tentang kerjaya delivery riders! Get your tix kat Peatix. 🎟

♬ kurang sexy – 𝐚𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚 💐

Menarik sekali, semasa rondaan ini, ramai orang yang melihat-lihat, ingin tahu apa yang sedang berlaku. Alang-alang bawak tiang berwarna tu, mungkin pasukan Order On The Go boleh bawak sepanduk Order On The Go jadi orang boleh scan QR code ke apa.

Selain itu, amat menarik melihat orang-orang yang selalunya di belakang tabir beraksi di… depan mata penonton!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Zinkie Aw)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s