Projek Suitcase: Metamorphosis

Salam tragedi Disember, para pembaca setiaku yang terlalu bergantung kepada Internet. Malangnya, pada tanggal 3 Disember, para pelanggan Singtel merana kerana WiFi di rumah terjejas akibat entah mengapa. Saya juga salah seorang mangsa. What even. Kalau saya tahu, saya bawak laptop pergi sekolah sak, ada WiFi percuma dan boleh update blog ini tanpa menggunakan hotspot. Bila Singtel dan syarikat telko yang lain nak berubah ni? Asyik rosak sahaja. Berubahlah kamu sebelum diubahkan! Cakap pasal ubah, saya baru sahaja habis menonton Metamorphosis. Itulah tema Projek Suitcase tahun ini. Dianjurkan oleh Teater Ekamatra di Aliwal Arts Centre, Projek Suitcase mengetengahkan sebanyak 8 buah monolog daripada 16 penggiat seni! Wowz, I know kan?

lineup

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak habis menonton 8 monolog dalam satu hari? Jawapannya, you don’t. Pada satu masa, dua monolog akan berlangsung serentak di dua tempat, penonton boleh pilih persembahan mana diorang nak tonton. Untuk tonton kesemua lapan monolog, mesti beli tiket untuk dua hari lah kan? Saya juga suka akan konsep Projek Suitcase kerana penonton harus berpindah-randah untuk saksikan monolog yang berada di kawasan yang lain. Ada waktu rehat 10 sebelum setiap persembahan so boleh sahut panggilan alam, halau nyamuk atau renungkan pengajaran yang diraih setelah menonton monolog sebelumnya. Oleh kerana ruang persembahan yang agak kecil, penonton juga duduk di lantai. Macam kat rumah Melayu, saya suka. Semasa menunggu tirai persembahan untuk dibuka pada jam 8 malam, penonton dihiburkan dengan 2 orang saintis Melayu. Mereka menjual jamu-jamu Melayu “moden” la konon. Agak kelakar dan saya pasti orang ramai suka sebab mereka semua ketawa terbahak-bahak.

Ok cukup membebel, saya nak mulakan reviu saya. Sebelum apa-apa, saya ingin warwarkan bahawa apa yang saya tulis merupakan tafsiran, persepsi dan pandangan saya. Jika tidak setuju atau rasa saya kurang tepat, anda boleh a) berdiam diri sebab ini blog sahaja bukan forum UN, b) rant di media sosial atau c) e-mel saya dan berbincang secara beradab gitew (step).


DAY 1


By The Book

by-the-book

Oleh Rizman Putra dan E Lee Long

By The Book mengisahkan seorang pelakon yang ingin melakonkan watak yang telah diberi oleh Tuan Direktor. Pelakon itu ingin menjiwai watak tersebut tetapi, pengarah tidak memberitahu visinya. Oleh itu, pelakon tersebut mencuba pelbagai teknik untuk menjiwai watak tersebut. Melalui persembahan ini, saya pelajari bahawa kita sering berubah untuk menyedapkan hati orang lain walaupun kita tidak tahu apa yang orang lain itu mahukan. Ini kerana pelakon itu bertukar-tukar cara lakonan tetapi pengarah tidak memberi feedback yang constructive atau mendorong.


Gli-mmer/tter

glimmer

Oleh Al-Matin Yatim dan Ebi Shankara

Seorang lelaki hidup di masyarakat di mana warna yang dicat di kulit melambangkan kejayaan, darjat dan lain-lain sewaktu dengannya. Malangnya, dia tidak pernah pun mempunyai warna di kulitnya. Mujur, dia tahu bagaimana nak letakkan warna pada dirinya (jiplak la). Dengan bangganya, dia meletakkan pelbagai warna di badannya. Dia rasa seperti dialah manusia paling berkuasa, boleh melakukan apa sahaja seperti orang-orang yang lain. Tetapi, bolehkah dia melakukan apa yang dia inginkan? Underneath all those colours, he is still an ordinary guy. Pada pendapat saya persembahan ini membentangkan isu bangsa. Atau lebih tepat lagi, warna kulit kita. Kalau kita boleh tukar warna kulit seperti mana watak ini tukar warna, mampukah kita mencapai kejayaan yang tidak boleh dikecapi semata-mata kerana kita bukan berkulit putih, atau bangsa majoriti? Hmm…


Cabut

cabut

Oleh Emanorwatty Salleh dan Elvra Holmberg

Cabut mengingatkan saya tentang sajak Kebahagiaan Rumahtangga yang harus saya analyse semasa JC. Ia mengisahkan seorang wanita yang ingin lari (cabut) daripada perkahwinannya kerana apa yang dia idam-idamkan dalam sesebuah perkahwinan itu bukan semuanya semanis honey gitew. Saya suka dengan set monolog ini. Tapi, di manakah watak itu? Menjemur kain-kain di tiang-tiang? Hmm… Sedang lari ke mana?


370

370.jpg

Oleh Rafaat Haji Hamzah dan Keater H M

370 menceritakan tentang seseorang yang sedang berperang dengan dirinya. Dia mengajak penonton untuk berfikir tentang baik dan buruk, wajib dan harus. Dalam dunia ini, orang lain sering menilai kita atas perbuatan kita. Tetapi, adakah mereka ambil peduli apa yang kita fikirkan tentang diri kita sendiri? Isu masa juga disentuh. Kalau kita membahagikan masa dengan baik, kita ada banyak masa untuk lakukan apa yang kita mahu setelah mengetepikan masa untuk lakukan apa yang harus + wajib. Sebagai manusia, kita sentiasa cari alasan untuk tidak lakukan apa yang patut dilakukan dan kata “tiada masa”. Padahal masa itu sentiasa ada, dan amat berharga.


DAY 2


Kulit On The Go

kulit

Oleh Erwin Shah Ismail dan Baba Richard Tan

Watak yang dimainkan Erwin Shah Ismail mengajak penonton “menjalani” proses pembikinan kulit (leather). Saya amat suka lakonan dia! Dia boleh bertukar loghat. Cowboy Australia, apek cuci kulit dan akhir sekali, mamat hipster yang desain benda-benda kulit ni semua. Idea tercetus nak buat bisnes kulit ini apabila dia ingin belikan hadiah untuk temanita tetapi ibunya memberi nasihat yang menukar kehidupannya. Penonton dapat melihat transformasi kulit lembu, transformasi watak mamat hipster tu dan juga Erwin Shah Ismail yang bertukar-tukar watak. Satu perkara yang saya pelajari daripada monolog ini adalah, kita harus melihat perkara dari perspektif berbeza, bersedia untuk membuat perubahan untuk berjaya dan memulakan perubahan.


#IstillwantmyPR

pr

Oleh Shida Mahadi dan The Art of Strangers

Shida mula dengan menjelaskan kepada panel mengapa dia rasa dia patut diberi status PR Malaysia. Pendek kata, dia angkat bola. Tapi, dia terus mengamuk. Ini kerana dia penat melakukan ini semua setelah lama dia menantikan status PRnya, 6 tahun. Saya agak terkejut apabila dia bukak tudung tau bila dia mengamuk. Adakah tudung lambang oppression? Sebab bila dia mengamuk dia macam mnl kerjaan Mesyo dan juga orang-orang di tempat kerjanya gitu. Shida mula nyanyikan lagu-lagu (macam Gegar Vaganza! Final malam ni, I rasa Azharina akan menjuarai) untuk meluahkan perasaannya. Amat menarik sekali melihat foto-foto peribadi Shida dan juga FB postnya mengenai Malaysia. Akhir sekali, beliau menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku untuk meyakinkan panel bahawa beliau betul-betul inginkan PR.


Nombor-nombor Darahku

darahku

Oleh Ruby Jayaseelan dan Bani Haykal

Saya suka dengan monolog ini kerana ada class participation (haha). Tetapi saya agak keliru. Ruby membaca skrip daripada kertas-kertas (which is ok sebab saya rasa dia pun tak fasih dalam Bahasa Melayu), dan penonton disuruh memilih sampul 1 atau 2. Ini kerana no 2 shows are the same. So, kita tentukan bagaimana persembahan ini berlangsung lah. Kita pun disuruh untuk bahagikan diri kepada dua kumpulan. Tari dan muzik. Kita disuruh memilih bagaimana kita ingin Ruby menari dan muzik dimainkan (ada nombor-nombor to indicate). Namun, setelah membuat keputusan, kita tidak dapat melihat persembahan pun. Saya rasa ini satu perkara yang in your face uh. Ini kerana Ruby menyentuh tentang demokrasi sebelum ini. Dan apabila kita dapat tahu bahawa kita mempunyai kuasa untuk menentukan persembahan yang kita bakal tontoni, kita ghairah nak pilih bagaimana nak tentukan persembahan tersebut. Kononnya kita dijamin sebuah persembahan. Malangnya setelah “mengundi”, kita tidak diberi apa yang kita janjikan. Kononnya kita diberi “kuasa”, tapi sebenarnya, kuasa bukan pernah milik kita. Ia hanya satu trick agar kita fikir bahawa kita mempunyai kuasa. Ultimately, only they have the power. Not us. 


Jump The Q

q

Oleh Hirzi Zulkiflie dan Izzat Yusoff

Secara terus terang, saya masih memproseskan monolog ini. Saya perlukan khidmat cikgu saya sebab fikiran saya masih terkecamuk fikirkan persembahan ini. Ia mengisahkan seseorang yang ingin cepatkan ajal. Jump the Q to ajal gitu. Dan semasa dia ingin melepasi checkpoint (which I assume checkpoint afterlife), dia tidak boleh membawa buah mangga bersama. Dia hanya bawa gambar-gambar. I think dia tidak boleh bawa benda fizikal ke afterlife tetapi memorinya sahaja? Hmm…


Secara keseluruhan, saya rasa kelapan-lapan monolog ini mampu membuat penonton renung dan berfikir secara mendalam. Isu-isu yang dikemukakan amat relevan, tidak kira masa. Saya juga suka bergerak sana-sini untuk ke destinasi cinta macam best la. Monolog kegemaran saya adalah Nombor-nombor Darahku walaupun saya agak keliru sedikit. Kepada anda yang ingin menonton, masih belum terlambat! Beli tiket anda di sini!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Teater Ekamatra Facebook)

P.S.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s