Kathy Gerenti: Episod Akhir

Salam Rabiulawal, para pembaca setiaku!

Nampaknya siri drama Kathy Gerenti telah pun selesai tamat. Saya pasti tanpa menonton episod akhir, ramai yang dapat menentukan akhir cerita drama ini yang amat klisye ini, bukan? I mean, how twisted can a drama like this get? Setuju?

Dalam episod 7, Hafiz ternampak Johan meletakkan lenganny di bahu Kathy. Agak-agak… Apa yang akan berlaku?


Episod 8

img_9860

Johan mengajak Kathy makan bersama untuk bincang pasal klien kondo. Tapi… Diorang berbual pasal kisah silam pulak… Time NS takde duit nak beli Aglio Olio? Kesiannya, NS gaji paling minimum pun $480ish seh(ok pada zaman Johan 400ish?). Berapa Aglio Olio tu?

img_9862

Kathy bingit dan berterus terang. Putus sudah.

Ibu Kathy ingin Hafiz menjadi bakal menantu tetapi Kathy kata Hafiz tidak mahu berkahwin. Betul ke?

img_9865

Masalah kewangan. Standard lah ni. Duit dah berkepok, rambang mata.

img_9866

Ardi meminta pertolongan untuk hal rumahnya itu. Ardi dan Farah sudah berpakat untuk beli flat resale.

img_9867

Mak Long dan Pak Long pula sudah membuat keputusan untuk memajak rumah.Kan bagus, ada perancangan kewangan untuk masa hadapan!

Kathy ternampak Hafiz tetapi Hafiz tidak menyapa dia balik…

img_9872

Rakan Kathy pun memberitahu bahawa Hafiz ternampak Johan meletakkan lengannya di atas bahu Kathy hari itu. So… Hafiz merajuk la.

Kakak ni merupakan klien Hafiz. Dia pun nak buat video viral untuk promosikan khidmatnya. Kenapa eh ejen hartanah selalu buat iklan yang agak cringe-worthy? Idea-idea mereka semua luar dunia! Ada pertandingan “Iklan Paling Menarik” eh? Semasa rancangan ini dimainkan, ada iklan ejen hartanah yang terjun dari kapal terbang ala-ala pramugari SQ, kenapa eh? Cakap pasal anugerah, dah undi untuk APS 2016?

img_9873

Zetty mengadu kepada adiknya pasal suaminya yang terpaksa bekerja mengambil jawatan yang tidak begitu tinggi di tempat kerja barunya itu. Tetapi KAthy tidak hiraukan luahan hati kakaknya itu kerana terfikir pasal Hafiz.

Zetty cuba mengorek perkara sebenar.

Setelah diberitahu bahawa Farah dan Ardi akan membeli rumah jirannya, ibu Farah dengan pantas cadangkan ini la, itu la. Itu motif sebenar mak dia ke?

img_9880

Gila sak!!! Abort mission. Eh eh mak dia. Dah bagus anak nak tinggal berdekatan. Bagilah privacy!

Ardi dengan segera berjumpa kakaknya untuk memberitahu bahawa mereka tidak inginkan flat resale tersebut. Farah sanggup beli rumah BTO di Punggol!

img_9884

Ibu Farah sudah mula mengeluarkan barang-barang dari stor!!!

img_9885

Bos Afiq menangkap Afiq melakukan kerja lain di tempat kerja!

img_9886

Zetty cuba menjelaskan segalanya kepada Hafiz. Dia juga beritahu bahawa kondo yang Kathy katakan hari itu adalah kondonya.

Pada masa yang sama, Zetty ingin tahu sama ada Hafiz ada perasaan terhadap Kathy.

Oh tidak!

img_9892

Chey, Afiq gurau sahaja. Syarikatnya telah membeli aplikasi yang sedang Afiq usahakan dan akan memberi 20% daripada hasil app tersebut.

Huh??? Belum kaya pun. Belum tentu app itu berjaya membawa hasil atau tidak. Alhamdulilah, Afiq sudah sedar dari kesilapan dan akan terus jual kondo itu dan hidup di flat. Selagi boleh pakai, pakai je la kan?

img_9895

Product placement kursus-kursus untuk ejen hartanah.

Maaf eh, untuk pengetahuan anda, bisnes anda berjaya kerana Kathy. Apabila anda tukar rakan niaga aka Netty, klien awak lari. So, siapa yang perlukan siapa ni sekarang? Ni la lelaki! Selalu fikir bahawa wanita bergantung kepada kaum lelaki untuk hidup. FYI, Hawa dicipta untuk Adam. Ini bermaksud, jantan yang perlukan wanita. Bukan sebaliknya. (but ultimately I think we need each other to live, regardless of gender)

Si Johan jangan nak step Team Johan eh. Team Jamban adalah.

img_9899

Johan kata jangan nak masuk campur sebab nak berbual pasal klien kondo tu, tapi apa yang mereka tidak tahu, Hafiz adalah klien kondo tu yang sah. Sebab dah berbual dengan pemilik kondo itu aka Zetty.

img_9900

Mereka pun macam flirting bermiang ala-ala third person.

img_9901

Ni la drama Suria. Tetiba satu tahun kemudian, menyambut hari jadi ibu Kathy.

Zetty sudah selamat melahirkan Areena, anak keduanya. Ardi dan Farah pula sedang menunggu rumah BTO mereka untuk dibina. Mak Long dan Pak Long tu sedang menikmati hari persaraan la tu.

Eh? Terbagi hadiah salah ke? Hafiz terbagi bag salah kepada ibu Kathy!

Mengapa mereka macam terkejut yang cincin itu sebenarnya untuk Kathy? Sudah terang lagi bersuluh, bukan? Saya fikir Hafiz nak sarungkan tau, abeh Kathy sarung sendiri? Apa sak!!!
img_9907

Eh eh mak dia tak sabar untuk halau anak-anak dan buat duit ekstra nampaknya. Tajuk cerita ni sepatutnya bertajuk “Mak ku Cik Penghalau” baru lah hits macam drama Mesyo.

img_9908

Mereka sekeluarga pun hidup bahagia. Comelnya bayi tuuuuuu! Tamat.


Secara terus terang, saya amat suka dengan drama ini. Ini kerana ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tidak kisah sama ada yang sudah bernikah atau belum, yang dah ada rumah atau tidak, yang middle income atau atas sedikit, yang masih bekerja atau sudah pencen. Semua boleh belajar serba sedikit mengenai bab-bab rumah ni. Pelbagai skim, geran dan ilmu dapat penonton pelajari melalui rancangan ini. Harap-harap Suria akan menerbitkan drama sebegini dengan kerap! Mendidik sambil menghibur katakan.

Cuma… Plot cerita ini amat klisye dan biasa-biasa. Seorang wanita hodoh tetapi berjaya, diguna-guna oleh teman lelaki. Hati disakiti oleh teman lelaki dan lepastu melalui transformasi. Menjadi lebih cantik dan oleh itu, lebih konfiden dan berjaya. Bekas teman lelaki merangkak balik tetapi ada bakal dah. Saya juga agak kecewa dengan cara watak Kathy berubah. Dengan sekelip mata dia dah pakai baju seksi eh? Bagus.

Walauapapun, syabas saya ucapkan kepada barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini! Namely Nurul Aini, Suzairhe Sumari, Adlina Adil, Izzat Yusoff, Fadhli Abdullah, Rahimah Rahim, Ahmad Stokin, Era Farida, Hannah Delisha, Fadhlur Rahman, Sheiryn Aisiqa dan Norsiah Ramly. Hidup HDB!

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

P.S.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s