Salam Disember, para pembaca setiaku. Sempena musim cuti ini, sudahkah anda mengemas kini Instagram anda dengan gambar-gambar percutian anda? Biasalah, untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan, musuh-musuh dan ahli keluarga anda bahawa anda mempunyai hidup yang lebih menarik dan hebat!
Haaaaa… Begitulah sikap watak dalam kisah Picit kali ini. Seorang belia bernama Irfan yang begitu tergila-gilakan kepopularitian (is it populariti or kepopularitian???) di Instagram. Dia ingin menjadi femes di Instagram sehinggakan sanggup membahayakan dirinya dan menconteng arang ke muka… Apa yang terjadi?
Sebelum itu, sudahkah anda semua membuat undian bagi APS 2016?
Episod 3
Irfan begitu kemaruk dengan seorang Instagrammer bernama Harris yang mencuba benda-benda gila(seperti makan cili), Instagrammer itu mendapat 5000 likes tau! Dia memberitahu ibunya, Farah, tapi ibu dia tak heran pun. Setakat makan cili. Kalau kenek sumbat cili kan lagi best.
Actually do people even do dares on IG? NO SURIA. That’s on YouTube. What’s popz on IG? Kakak-kakak hijabi gathering di kafe hipzter,kanak-kanak comel, abang-abang sado, gambar-gambar setengah lucah dan COCO LOTS OF MIKS.
Ibu dia impikan seorang anak agar boleh jadi IG femes.
Tapi bila suami nak buat anak dia tolak salam itu. Ermz…?
Rakan baik Irfan ada matair. Robek hati Irfan.
Ini paling merepek. Seluruh kelas gagal tetapi Irfan dapat markah penuh. Erm…? Irfan dalam kelas yang salah ke? Tidak realistik. Takkan kawan Cina pun gagal?
Waktu latihan jasmani, mereka bermain bola tetapi Irfan seorang kaki bangku. Cikgu yang sepatutnya mengajar/mengawasi keadaan, sibuk melihat Fesbuk. Cikgu tak buat kerja ke? Sibuk swiping Tinder?
Irfan marah kerana rakannya ada matair. #homoerotic
Eh eh si lembut ni. Ada hati nak pekik @ Irfan.
Semasa di kolong blok, Irfan terjumpa idolanya, Harris. Unsur kebetulan off the roof. Mustahil Irfan tidak pernah terserampak dengan Harris sebelum ini. Takkan Irfan tidak tahu Harris tinggal di mana? Kata peminat setia. Irfan pun bertanya bagaimana nak jadi IG femes macam Harris. Si Irfan post gambar soalan matematik di IG… Siapa nak like?
Is it mengambil kesempatan terhadap Irfan yang belo-belo?
Farah tidak boleh fokus di kerja apabila ternampak seorang bayi. Berkecamuk fikirannya.
Rupa-rupanya, dia kehilangan bayi perempuan. Doktor menyuruhnya ke ahli psikologi tetapi suami dia taknak. Erm… Kau yang mengalami tekanan ni tau, bukan suami kau. So kenapa suami kau tentukan kesihatan mental kau?
#homoerotic
Melalui adegan ini, kita mendapat tahu bahawa Irfan merupakan seorang belia yang sedang mencari identiti seksualnya.
Huh… Nak buli orang sebab tak tahu skate? Dulu kau skate je dah pro ke? Bye la Dora The Explorer. Si mangsa buli pun terjatuh, nasib ada Irfan tolong.
Irfan sempat mengurat dan mereka terus dating. Tengok wayang cerita hantu.
Senangnya, I pun nak.
Yelah, dah jadi assistant, ada gf, mestilah grades turun.
Irfan ingin berjumpa bapanya untuk membeli-belah namun, bapanya cancel appoinment kerana ingin berjumpa skandal. The fact that he used the word appointment means he treats his son macam klien. Rude!
Irfan ternampak bapanya bersama wanita lain… Kantoi.
Rakannya tanya pasal Harris kerana takut Irfan bercampur dengan orang yang salah. Irfan bersikap defensive dan berkata bahawa Harris seorang yang “cool”. Adakah ini cinta?
HUH? ABOUT TIME SAK. Eh nasib dia tak ambil kesempatan eh! Si Irfan jadi assistant kau supaya boleh belajar macam mana nak jadi femes.
Wow skateboard stunts can tots make you viral. Tots.
Mengurat lattew.
Tu pun boleh femes????? Apa je tau. Kalau gitu saya nak tukar nama blog ini kepada Pengkritik Sandiwarak. Sandiwarak. Warak!
HUH???????? Apakah unsur kelainan videonya sehinggakan bilangan pengikutnya melonjak sehingga 4500 orang? Setakat video skateboard yang tak seberapa. Sesiapa sahaja boleh buat. Amat kecewa dengan the people behind this skateboard idea. C’mon Suria make your drama better!!!
Fuh, pergi dating tapi takot tengok cerita hantu.
Bau minyak wangi wanita di baju Jamal, klisye.
Irfan bingit kerana ibu bapanya bergaduh. Tak pasal-pasal, dia tendang tin minuman. Hairan eh, si Harris ni popz di IG tapi lepak bawah blok. Takde penaja ke nak biaya kehidupan ala-ala IG Harris?
Irfan ada idea viral baru. Iaitu merakam video dari kawasan tinggi. Sungguh… kreatif. Tapi saya rasa mereka tidak mengguna cara selfie tetapi drone ataupun alat-alat yang lebih profesional. Bengap.
Wow. Femes, nak bergambar.
Mengurat latew pt 2.
PREACH SISTAH. Tapi kecik-kecik dah deep gini. Fuh. Matang.
Telefon dan laptop Irfan dirampas. Ibu dan bapa Irfan amat marah atas keputusan akademik Irfan. Mereka juga mendapat tahu akan kelakuan Irfan di Instagram. Mereka berpendapat bahawa ia tidak masuk akal kerana masa dibuang begitu sahaja demi likes.
Irfan ada idea viral baharu…
Idea tercetus daripada wanita Australia yang dibelasah pakwenya. Wanita itu akan memuatnaikkan gambar-gambar lebamnya dan menagih simpati daripada orang-orang di Internet.
????? gila sak!!!
Episod 4
Video tersebut menjadi viral dan Irfan menjadi trending topic di Twitter.
Maaf Suria, itu halaman tweets seseorang. Bukan halaman di mana #hashtag disiarkan. Please, all these small details penting tau!
Ikuti saya di Twitter!
Irfan rasa sakit-sakit tetapi ibunya seperti tidak hiraukan gerak badannya yang agak ganjal itu. Ibunya hanya ingin tahu tentang sekolah.
The tea is HOT. Melecur lidah bapak dia.
Farah terdengar perbualan mereka. Dia dah ada bukti minyak wangi tapi masih nak bukti kukuh ke?
Hahahaha Irfan pun mencipta halaman Fesbuk untuk menagih simpati dan menyebarkan lagi videonya agar dirinya lebih popular. Takde kerja. Macam saya, tak ada kerja cipta blog ni yang korang baca. Hahahaha. Oh yes, ikuti saya di Fesbuk!
Farah memberitahu doktor bahawa suaminya curang. Tempat untuk mengadu latew. Doktor pun suka la kan… Ada peluang.
Saya agak tidak setuju dengan adegan ini kerana walaupun kita mengenali ibu bapa rakan kita, tidak semestinya kita tahu apa yang berlaku dalam rumah apabila pintu ditutup. Memang benar ibu bapa rakan kita boleh kelihatan mesra dan peramah di depan kita, di belakang? Nasib ibu bapa Irfan baik. Merepek sak takkan kawan kau nak cemburu? Cemburu kau kenek sebat?
Makwe Irfan menyuruh Irfan memberitahu perkara penderaan ini kepada pihak berkuasa/orang tua. Tapi dia tak nak. Bestnya diorang dating tengahari makan prata.
MANA??? Tengah baring kat katil abeh kata tengah buat kerja rumah.
Jeng jeng jeng… Seragam Children Protection Services polo tee ke?
Peminat lebih penting daripada kebahagiaan keluarga. Si Irfan ni dapat duit ke tak sehinggakan pentingkan peminat? Kalau IG kau sumber pendapatan, then ok la. Ni setakat femes je. Merepek.
Uh-oh.
Dia masih nak belit dan katakan bahawa bapanya adalah sebab lebam-lebam di badannya! Ibunya tidak pernah memukulnya dan tidak akan melindungi. Means dia nak mak bapak dia masuk penjara akibat dera dan muslihat? Dia tak fikir jauh ke…
Farah dan Jamal terkejut beruk. Apakah kesalahan mereka? Mereka tertanya-tanya mengapa Irfan melakukan sebegitu.
Ekcili polis tak buat siasatan dengan betul dan mereka percaya sumber mereka WHICH IS FB bulat-bulat. Mereka tidak menyiasat orang yang merakam video tersebut. Mereka tidak bertanya kepada orang awam kerana video itu dirakam di tempat awam – kolong blok. Kalaulah mereka melakukan siasatan dengan betul, ini tidak akan berlaku dan ibu bapa Irfan boleh saman Irfan.
That is the kind of plot twist Suria should achieve. Dengan wang saman, Jamal dan Farah bercerai. Mereka menjalani hidup masing-masing dengan pasangan baharu.
Irfan dihantar ke rumah ibu dan bapa angkat buat sementara waktu.
Sesi refleksi.
Janji? Pui.
Eh eh jiran sebelah. Nak bukak aib orang lain je.
Kes ini mula mendapat perhatian akhbar apabila jiran mereka mengongsi di Fesbuk. Wow, makcik tu influencer ke? FB post dia sampai ke akhbar. Ni mesti “KASI VIRAL BENDA NI” hahahahaha.
Huh???? Merepek sak. Mat ni minat Irfan kenapa? Saya tak rasa video-video Irfan appeals kepada mamat ini. WTH Suria.
Makwe Irfan memberi sokongan moral.
Tak sampai seminit, dia pun keluar dari tandas dan terdengar perbualan Irfan bersama Harris.
Ini namanya tak cebok. Ekcili, boleh berbual dalam rumah tanak tau. Tepi tangga jugak dia nak berbual.
Patah hati…
HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA. Banyak kes dera di Singapura, tak pernah pun saya nampak penunjuk perasaan melakukan bantahan di luar rumah HDB. Kenapalah Suria buang duit upah nyonya ni semua? Buang sumber tenaga buat poster lagi! WHY. Abeh segelintir je tau. Mana peminat IrFUN aka budak-budak mentah??? MANA. Suria pls.
Dan kenapa makwe Irfan tidak memberitahu pihak berkuasa perkara sebenar? Kalau tak dah habis cerita.
Hmm… Ni la Melayu, redha, pasrah. Tu je tahu. Usaha tak tahu.
HUH????? MAMAT TU BUNUH JAMAL???
HUH??? SAYA KONPIUS BINTE BINGUNG BIN TAK MASUK AKAL.
Wow abang ni sanggup kejar mamat ni walaupun tahu mamat ni bersenjata.Wow! So… Dengan membunuh bapanya, akan selesaikan masalah? So kau rasa kau hakim eh? Boleh jatuhkan hukuman kepada bapa Irfan? Dengan menggunakan kekerasan? #Cuntradicting.
Ni la drama. Perjalanan dari ambulans ke bilik operasi amat jauh. Sejauh 2.4km aku rasa.
Kenapa Farah nampak bingung? Dia kan jururawat, dia sepatutnya tahu sedikit implikasi hypervolemic shock. Kenapa dia macam tak pernah dengar istilah itu? Dia jururawat apa ni?
Eh? Baru nak sedar?
Tak sengaja? Huh??? Kau faham istilah “tak sengaja” tak? Kau tercipta halaman Fesbuk? Terakam video? Terpicit butang enter????
Tu la mak kau dah bilang. Saya rasa mak dia pun terkejut anak dia boleh Femes padahal anak dia buruk. HAHAHA KIDDING.
Jari tergerak klisye.
Jamal tak mampus, doktor berjaya selamatkan dia.
Cockblocked.
Irfan pun menjelaskan keadaan sebenar kepada peminatnya.
What are they? 15? Geli.
Mereka sekeluarga pun hidup aman damai.
Pada pendapat saya, drama ini agak merepek. Bintang Merepek 4/5 ah sebab banyak loopholes! Bahasa yang digunakan dalam skrip juga agak janggal. Penggunaan istilah “saya” dan “awak” antara Irfan dan makwenya. Eew? Pengunaan bahasa Irfan (secara am) tidak semula jadi. Dan lain-lain seperti siasatan polis yang flawed, penunjuk perasaan nyonya squad, video skateboard boleh jadi viral ke…
(can I just say the guy yang main watak Irfan is good/bad. I can’t decide sebab watak Irfan ni patut selengeh kan? Cos sometimes acting dia kaku but selengeh memang kaku so…)
Memang benar, isu-isu yang dibentangkan dalam drama ini amat bermakna dan relevan. Bintang kerelevenan I bagi 4/5. Dalam masyarakat siber ini, kita lebih pentingkan likes di IG dan FB tapi tak kisah jika orang tersayang like kita atau tidak. Dan juga isu pergaulan dengan rakan-rakan yang betul, pengaruh baik/buruk di internet dan macam-macam lagi. You know the general ones. Janganlah kita menggadai orang tersayang semata-mata ingin disayangi.
Fuh #deep. Whatever it is, dah undi untuk #APS2016?
HOW IT SHOULD HAVE ENDED
Jamal tidak dapat diselamatkan. Jamal mati kerana jantungnya tidak kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Irfan rasa gembira, semua berjalan dengan lancar. Dia pun memberitahu pihak berkuasa bahawa bapanya selalu menderanya apabila pertelingkahan berlaku antara bapa dan ibunya. Ibunya tidak pernah sesekali menghentikan perbuatan Jamal. Oleh kerana itu, ibunya dimasukkan ke penjara atas sebab bersubahat.
Irfan semakin femes. Bersama Harris, dia membuat lebih video viral. Video yang sama, video di mana dia menunjukkan lebam-lebam di badannya. Dia berkata bahawa roh bapanya membalas dendam dan memukulnya 24 jam. Peminat-peminat Irfan yang bengap percaya kata-kata Irfan. Irfan dan Harris menubuh kumpulan duo bernama Irris (erase) sebagai penanda bahawa mereka ingin berhenti membuat video ini. Ini kerana Irfan dah serik dibantai dan Harris tidak mahu memukul lagi.
Alangkah daya, peminat asyik meminta video-video baru. Mereka pun menjadi DJ dan menggantikan tempat DJ KC di Ria dalam slot Misteri Jam 12 di mana mereka asyik ceritakan kisah roh Jamal. Mereka kerja sampai tua sebab orang Melayu memang suka hantu. KOLOT. #STOPMJ12
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Agnes yang tidak wujud, episod Dera drama Picit ini juga tidak wujud. Ini kerana seperti kisah yang lepas, unsur kebetulan juga off the charts dan semuanya tidak masuk akal. Bagaimana pun,tidak boleh […]
LikeLike