Reviu: Disgraced

Salam sejahtera semua! Malam semalam saya sempat menyaksikan sebuah pementasan bertajuk Disgraced di KC Arts Centre di tengah-tengah Clarke Quay or where. Maklumlah, saya orang baik yang jauhi tempat-tempat araq so guess what, saya hampir sesat HAHAHAHAHA. Tapi tidak apa, ada aunty garang yang tolong saya. Walaupun dia garang saya rasa dia ikhlas menunjuk saya bagaimana untuk ke destinasi saya so tengkiu nyonya.

Disgraced merupakan sebuah pementasan yang ditulis oleh Ayad Akhtar dan telah memenangi pelbagai anugerah. Dipentaskan buat pertama kali di Chicago pada 2012, Disgraced juga telah dipentaskan di Jepun oleh pelakon-pelakon Jepun (right cool kan? click here)

disgraced

Watak Emily (Jennifer Coombs), Jory (LaNisa Frederick), Isaac (Daniel Jenkins) dan Amir (Gaurav Kripalani) nampak seperti enjoysing makanan tapi sebenarnya sedang berbincang tentang topik-topik sensitif. Foto daripada Singapore Repertory Theatre Facebook.

Disgraced, arahan Nate Silver, berjaya mengetengahkan isu-isu sensitif mengenai agama, bangsa dan budaya, sejarah, pemikiran terhadap agama, tafsiran terhadap agama, ideologi , privilege dan lain-lain. Segala topik perbualan yang tidak akan kita bincangkan di meja makan bersama rakan berlainan agama, terutama sekali seorang Yahudi, seorang berkulit hitam (African American) atau seorang murtad.

Kisah ini terjadi selepas insiden 9/11 tetapi, penonton yang menyaksikan Disgraced di Singapura menontonnya setelah Trump memenangi pilihan raya. So macam ada impak yang lebih.

Semasa pementasan ini, saya asyik bertanyakan kepada diri saya mengenai agama, ideologi, tanggapan masyarakat dan lain-lain. Pendek kata, pementasan ini mampu membuat anda fikir dan renungkan kejadian yang berlaku di dunia. Tidak kira sama ada anda seorang Islam atau Kristian, practising or not.

Saya juga agak terkejut bahawa MDA tidak menapis skrip pementasan ini!

disgracedd

Kami diberitahu bahawa MDA menyuruh mereka mengadakan sesi perbincangan pada setiap malam dan they already planned it so wow! And yes, watak Abe yang dimainkan oleh Ghafir Akbar merupakan satu pembuka mata dan secara terus terang I tersentak.

Saya tiada lagi komen ah sebab korang should tots watch this yourself untuk dapat full experience, memang worth it. Bak kata aunty yang duduk sebelah saya, “very powerful”. Klik here! Saya beli semasa Black Friday sale so yay.

#liberalmuslims HAHAHHA (ekcili nak letak yang hadith pasal practise religion in moderation but I can’t trust internet on hadiths so ya)

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s