Reviu: Lulu The Movie

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Beberapa jam yang lalu, saya sempat menonton sebuah filem tempatan bertajuk Lulu The Movie yang diarah, dibintangi dan ditulis oleh Michelle Chong. Siapa tak kenal Michelle Chong kan. Seperti warganegara Singapura yang lain, saya amat menanti-nantikan filem ini semenjak Michelle Chong mengumumkan bahawa watak Lulu dari The Noose akan mempunyai filemnya tersendiri.

Pasti ramai yang kenal Lulu, kan? Watak ni sungguh femes sekali. Seorang PRC yang berbual English dengan loghat China, lebih mulia berbanding Coco yang ada lots of mix.

Kepada anda yang ingin menonton filem ini dan tidak mahu spoilers, saya sarankan anda jangan baca lagi entri ini ya.

Secara keseluruhan, filem ini agak membosankan kerana klisye. Saya amat hampa sekali kerana plot cerita ini amat biasa-biasa sahaja. Tiada yang unik atau berbeza, juga amat ideal. Mungkin kerana saya tunggu bertahun untuk filem ini dan oleh itu saya agak kecewa? Atau saya mempunyai harapan/jangkaan tinggi terhadap filem ini? Filem sebelum ini, Already Famous, yang juga oleh Michelle Chong begitu kelakar dan plotnya juga kuat. Tetapi yang ini, agak flat. Seperti menonton docu-movie kerana 1/8 daripada filem ini, penonton menyaksikan Lulu catwalk sambil bertanyakan orang awam mengenai fesyen yang digayakan Lulu. Seolah-olah menonton video YouTube.

Saya juga agak keliru dengan asal-usul watak Lulu. Pendek kata, Lulu merupakan mangsa Tinder date goes wrong. Dia ke Singapura dengan harapan akan mengahwini seorang jejaka tampan yang tinggal di sebuah rumah mewah. Namun apakan daya, lelaki tampan itu merupakan adik kembar datenya (her date is fat and ugly whose name is Brad Pitt wtf) dan rumah mewah itu gambar rumah yang berdekatan dengan rumah ala-ala setinggan.

Hampa dan kecewa, Lulu mencari kerja di Singapura. Sebagai seorang guru tadika, hair stylist dan KTV girl. Di situ lah di mana dia memikat hati adik Brad Pitt, Leon. Leon seorang banker, gfnya Sonia (Michelle Chong [Sonia seorang hos tv yang mempunyai rancangan fesyen tersendiri]) tidak layan Leon dengan sempurna. Oleh itu, dia mula terpikat kat Lulu. Rakan Leon (Glenn Ong) tahu bahawa Leon mempunyai perasaan terhadap Lulu. (can I just say the scene where Glenn Ong and Leon were talking kat bar or what macam sketsa di Kids Central)

Video Lulu sedang terkinja-kinja tersebar di internet. Kepopularitian (???) Lulu semakin meningkat dan akhirnya, dia menggantikan tempat Sonia sebagai hos rancangan fesyen tersebut. Dia semakin berjaya sehinggkan mendapat gelaran Datuk. Walaupun sudah kaya raya, dia rasa sunyi. Di cuba date mat saleh dan lelaki China tetapi dia inginkan Leon.

Di sebuah acara di mana Lulu mendapat Anugerah Usahawan, dia terjumpa Leon dan mereka berdansa dan happy together. The end.

Secara terus terang, saya amat menunggu adegan di mana Lulu menjadi reporter The Noose. Tapi takde. Dan apa yang menyebabkan Lulu datang ke Singapura. Takkan motif nak kahwin orang kaya sahaja? Ada juga beberapa soalan yang tidak terjawab.

Sonia tidak marah yang Lulu dah mengambil alih tempatnya? Saya fikir akan ada pertelingkahan antara Lulu dan Sonia yang akan mengukuhkan lagi plot filem ini but no. Ini kerana Lulu telah mencuri rancangan dan teman lelaki Sonia. Watak Sonia terus hilang, beb.

Bagaimana pula dengan perasaan Brad Pitt? Brad Pitt adalah sebab mengapa Lulu ke Singapura. Dapatkah Brad Pitt menerima hakikat bahawa Lulu sukakan adiknya pula?

And the product placement in this movie is too much also. 2.4/5 bintang I bagi.

I love Michelle Chong but cerita ini menghampakan. ;(

Lagu tema Lulu The Movie amat mengasyikkan tho!

Pengkritik Sandiwara

P.S.

Kepada anda yang belum undi, apa tunggu lagi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s