Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku. Saya mendapat tahu bahawa ramai (aka <5) orang yang menanti-nantikan Anugerah Pengkritik Sandiwara 2016 aka #APS2016. Namun, apakah APS?
Idea APS tercetus apabila pasukan kreatif blog ini sedang bosan di dalam bilik mesyuarat dan sedang berfikir bagaimana untuk hypekan lagi industri TV Singapura. Oleh kerana Pesta Perdana berlangsung 2 tahun sekali which is like WHAT EVEN, terciptalah APS yang akan mengiktiraf bakat-bakat tempatan setiap tahun (kot). Dan yang palik menarik, anda semua boleh mengundi selebriti/drama/rancangan kegemaran anda dalam setiap pencalonan. Dan anda boleh mengundi berkali-kali! Tiada terhad. Undian akan tutup pada 30 Disember, 2359hours so anda semua ada lebih daripada sebulan untuk membuat undian! Calon-calon bagi APS 2016 semuanya daripada rancangan tempatan yang telah saya reviu, dari bulan Disember 2015 hingga November 2016.
KLIK SINI UNTUK UNDI
Pencalonan bagi Anugerah Pengkritik Sandiwara 2016 adalah seperti berikut:
Pelakon Satu Dimensi
(pelakon-pelakon yang asyik membawa watak yang sama sahaja, tiada kelainan)
- Sheiryn Aisiqa (Interns, Bunga Tanjong, Kathy Gerenti)
- Wirda Elliesa (11 Oktober, Bingit 4)
- Izyan Mellyna (Farhana, Bingit 3)
Pelakon Tak Perlu
(pelakon-pelakon di mana watak mereka tidak memberi kesan kepada plot drama)
- Sofia Dendroff (Interns 2)
- Iskandar Shah (11 Oktober)
- Tosh Rock (Kemelut)
Pelakon Perlukan Upgrade
(pelakon yang asyik muncul sebagai ekstra/watak sampingan dan harus memegang watak yang lebih penting)
- Jun Junalis
- Endang Rahayu
- Fazlyna Abdul Aziz
Hos Paling Fefeeling
(hos yang buat kelakar tapi kita tak ketawa dengan dia tetapi ketawakan dia)
- Nurul Aini (Kolej Komedi)
- Suhaimi Yusof (Selebriti Juara Memasak)
- Didicazli (Adam & Hawa)
Pasangan Paling Ship
(pasangan yang kita harap wujud di alam nyata)
- Khairudin Samsudin & Haryani Othman (Pa$al Duit)
- Beto Kusyairy & Lydia Asyiqin (Kisah Tok Kadi)
- Sharon Ismail & Khairudin Saharom (Interns 2)
- Hannah Delisha & Norman Ishak (Farhana)
Pasangan Paling Meluat
(pasangan yang jijik di TV)
- Danial Ashriq & Yuslina Yusof (Kemelut)
- Wahyu Rahman & Nick Mikhail (PIZ)
- Nurul Aini & Hisyam Hamid (Bunga Tanjong)
- J.A. Halim & Hashimah Hamidon (Kembali Bersinar)
Drama Paling Belit
Drama Paling Klisye
Drama Paling Flopz
Drama Paling Liberal
(drama yang menyentuh isu-isu yang bercanggah dengan ajaran Islam, menggalakkan #liberalmuslim)
Drama Luar Dunia
(drama/rancangan yang tiada unsur realisme)
Rancangan Paling Emosi
(rancangan khas yang berjaya membuat kita menitiskan airmata)
Rancangan Paling Flopz
Selebriti Kerap Muncul
(asyik muka dia aja, Suria takde artis lain ke?)
- Hannah Delisha
- Nurul Aini
- Sheiryn Aisiqa
- Syarif SleeQ
Selebriti Tetiba Muncul
(ni dah ada kat TV ni nanti asyik ada je lah)
- Izwan Ali (Picit – Video X)
- Fizah Nizam (Kecoh-kecoh Ramadan)
- Haizad Imran (Picit – Video X)
Selebriti Henti
(selebriti yang tidak harus buat benda baru, just stick to what they’ve been doing all these while)
- Didicazli (Adam & Hawa)
- Fakkah Fuzz (Adam & Hawa)
- Norfasarie (31 Disember)
Fikir betul-betul sebelum mengundi! Ingat, anda boleh mengundi banyak kali, so undi sahaja! Beritahu rakan-rakan, keluarga dan musuh anda mengenai APS!
UNDI SEKARANG
Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember (if all goes well) so apa tunggu lagi? KLIK KLIK KLIK! Atau leret sahaja ke bawah!
– Pengkritik Sandiwara
[…] Sebelum itu, sudahkah anda semua membuat undian bagi APS 2016? […]
LikeLike
[…] Kakak ni merupakan klien Hafiz. Dia pun nak buat video viral untuk promosikan khidmatnya. Kenapa eh ejen hartanah selalu buat iklan yang agak cringe-worthy? Idea-idea mereka semua luar dunia! Ada pertandingan “Iklan Paling Menarik” eh? Semasa rancangan ini dimainkan, ada iklan ejen hartanah yang terjun dari kapal terbang ala-ala pramugari SQ, kenapa eh? Cakap pasal anugerah, dah undi untuk APS 2016? […]
LikeLike
[…] (dah undi untuk APS 2016?) […]
LikeLike
[…] mendorong online bullying di Singapura! Pasti anda sedang berkobar-kobar menunggu keputusan untuk Anugerah Pengkritik Sandiwara, bukan? Hari yang anda nanti-nantikan sudah tiba. Tapi sebelum itu, ribuan terima kasih kepada anda […]
LikeLike