Salam sejahtera, para pembaca setiaku. Dalam entri kali ini, kita akan memperhatikan watak Khairul dalam drama Bingit 4. Khairul merupakan seorang yang panas darah. Sukar untuk dia kawal rasa amarah dalam dirinya. Lagi susahlah rakan dan keluarga ingin menyejukkan hati dia. Jadi, bagaimana Khairul menangani masalahnya ini eh? Nak tahu? Bacalah entri episod 3 dan 4 Bingit 4 ini yang dibintangi Awad Salim, Lynn Nasir, Hamidah Salim, Khallyshah Fahmi dan Dayang Nurbalqis.
(dah undi untuk APS 2016?)
Episod 3
Bos Khairul menegur Khairul atas kesilapan yang telah dia lakukan di kerja. Tapi, Khairul tidak suka dipersalahkan. Ini kerana dia rasa bahawa bukan salah dia pun.
Dia memarahi orang bawahan kerana mereka yang tersilap sehinggakan parcel terhantar lewat/salah. Ini menyebabkan kerugian kepada syarikat. Dia pun melenting tak tentu pasal kepada pekerjanya.
Tiba saja di rumah, dia lepaskan geram kat anak-anaknya yang sedang buat kerja rumah di dalam bilik yang berselerak.
Ekcili, tak berselerak pun. Biasalah budak-budak buat kerja rumah buku dan kertas merata. Kajian telah menunjukkan bahawa semakin berselerak meja seseorang itu, maka lebih bijaklah orang itu. Ini kerana meja kerja mereka merupakan lambang fizikal apa yang ada di dalam fikiran mereka. Minda mereka berfikir dengan luas, informasi di setiap pelusuk otak, seperti di meja kerja, buku-buku merata. Ibu bapa pls take note.
Eh… Baru saya nak defend Syira ni kerja keras. Ni nak skip kelas? Ingat uni ke nak skip kelas sesuka hati? Zaman apa ni nak skip kelas? Pergi je la sekolah, lepas sekolah baru merayap. Gitu kan tak cari masalah. Dapat menimba ilmu dan elak jumpa bapa di rumah selepas sekolah. Lagi pun, nak skip sekolah, pagi-pagi ada apa? Pergi pasar?
Asmah seorang guru tuisyen. Pusat tuisyennya semakin berjaya dan ingin kembangkan bisnes.
Boleh draw graph tu betul-betul? The line should never reach the asymptote but at the same time, always reaching it. Tapi graph tu macam straight horizontal/vertical line or curving inwards.
Nak beli handphone sony ericsson ke iPhone? Kelakarnya nak beli iPhone kat kedai ahbeng.
Ibu mereka nak belanja makan (bisnes semakin maju katakan). Penat-penat pergi restoran tapi tak boleh pilih makanan sendiri? Bapa The Dictator pilihkan makanan agar semua boleh kongsi? Apa ni… Ok, mulai sekarang saya akan panggil Khairul DICKTATOR.
30 minit pun tak boleh tunggu??? Dia pesan makanan yang mengambil masa untuk buat tapi dia yang bising? Makan kat McDonald’s sua.
Mereka sekeluarga pun angkat kaki kerana DICKTATOR malas nak tunggu makanan. DICKTATOR tidak hiraukan keluarganya yang lapar, dia terus balik kerana hilang selera. Tak berhati perut langsung! Kalau keluarga kau hypoglycaemic macam mana?
Kasihan mereka makan maggie je. Saya setuju dengan Syira, lain kali pergi makan jangan ajak DICKTATOR. Buat malu sahaja!
Rasional DICKTATOR bertindak sebegitu di restoran adalah kerana ingin mengajar anak-anak untuk jadi kuat dan teguh agar tiada orang berani pijak kepala mereka. Tak munasabah langsung. Dulu dia kenek buli ke?
Dia tak betul pe? Dah 2016 dan lelaki masih nak berbual pasal benda ni. Lelaki 5eva fikir mereka harus jadi lebih baik daripada wanita dalam semua perkara. Bersyukurlah yang isteri kau gaji lebih. Rezeki dok.
Razif dan DICKTATOR hampir-hampir bergaduh. Nasib ada orang-orang yang mengelakkan apa-apa buruk daripada terjadi.
Rakan kerjanya yang tinggalkan syarikat itu memberitahu DICKTATOR bahawa dia telah naik pangkat sebanyak 2 kali. Khairul sepatutnya dinaikkan pangkat! Ini menyebabkan DICKTATOR terfikir sejenak.
Setelah syif malam, tak boleh tidur, dia nak pungut isterinya dari tempat kerja. Tapi terus marah-marah dalam kereta? Might as well tak payah. Abeh cakap pasal nak cari kerja lain. Kerja dia sukar nak cari pengganti tapi tu pun tidak dibayar dengan lumayan. HA HA HA. This dude obvsly doesn’t know demand supply concept. Kalau ye-ye-oh sangat, pergi sue syarikat kau la sebab underpay.
Ada motor overtake dia abeh nak kejar motor tu?
Sampai marah sak.
Mamat motor tu punya geng pun datang dan bersemuka dengan DICKTATOR.DICKTATOR tanak kalah, dia suruh isteri dia masuk dalam kereta dan jangan masuk campur. Gila ke dia? Nasib tak kene rembat.
Adik Syira, Maiza, menuduh Syira mencuri wangnya (which is true).
DICKTATOR terus memberi sepakan tanpa menyelidik.
Gila. Dia fikir kekerasan boleh selesaikan masalah ke?
Syira pun kembalikan wang yang dicuri ke dalam beg Maiza.
Mereka skip kelas dan jalan-jalan.
Syarahan sentap yang tak sengaja.
DICKTATOR dibuang kerja atas kelakuannya haritu. Jawatannya diganti oleh Razif. Padan muka.
Too late.
Eh eh si dekni tak tau apa-apa, nak api-apikan keadaan! Padahal dia tahu cerita dari POV of DICKTATOR je tau. Nak salahkan syarikat la, ini la.
Cikgu Syira menelefon Khairul dan memberitahu bahaw Syira ponteng kelas.
JENG JENG JENG. SAya fikir quota sepak dalam sesebuah drama adalah satu, saya salah. Khairul sepak dia lagi! SIAK LAH!!!!
Episod 4
DICKTATOR tidak berhenti di situ. Dia bukak tali pinggangnya dan menyebat Syira.
I swear to god, dia akan membesar menjadi feminist yang warak kalau DICKTATOR berterusan sebegini.
DICKTATOR seret Maiza sehinggakan kepala Maiza terhantuk ke dinding. DICKTATOR tidak hiraukan pun.
DICKTATOR merampas telefon Syira.
HA HA HA HA HA HA zaman apa ni????
Saya tidak suka dengan adegan ini. Ini kerana Asmah cuba justify kelakuan DICKTATOR. Memang benar Syira salah kerana memonteng sekolah, tetapi cara DICKTATOR memarahi/menegur anaknya adalah salah. Kekerasan bukan cara penyelesaiannya.
Asmah memberitahu DICKTATOR bahawa cara dia mendidik anak mereka salah.
DICKTATOR tidak mahu anak mereka bunting. Setakat pakwe je. Lek ah. Kalau dia bunting pun, salah kau. Sebab kau tak bagi dia kasih sayang, so dia menagih kasih sayang dari jantan lain la,duh.
Abeh kata Asmah dan bongkak la sebab gaji lebih la apa la???? Link?
Portret keluarga apa ni? DICKTATOR tak tengok kamera.
DICKTATOR teringat semasa dia kecil di mana dia sering dipukul bantai bapanya. Dia juga sedar bahawa isterinya tidak menyayangi dia lagi kerana dia tidak boleh memberi kebahagiaan.
Oh, jadi ni vicious cycle ah?
Asmah bertanya siapa rakan lelaki tu. Syira berkata bahawa mamat tu yang selalu menghiburkan hatinya bila dia stress.
Maiza tetiba mengigau.
Jeng jeng jeng. Padahal dia kenek buang. Ego melambung tau.
??????????????????? Makan junk food kat sekolah. Kalau betul, saman la sekolah tu kerana menyediakan makanan kurang sihat kepada para pelajar. DICKTATOR tetiba jadi doktor sebab tahu punca muntah-muntah Maiza. GERAM SAK.
Syira amat annoyed dengan ayahnya tetapi ibunya memarahinya kerana “biadap” HUH? Ini bukan biadap, ini KEBENARAN. Bapak dia tak munasabah langsung.
Maiza tidak mahu pulang ke rumah kerana takut dengan DICKTATOR.
Kalau isteri kau mengomel pun, dia salah kan? Kau je betul. Lebih baik dia senyap.
Asmah mengadu kepada ibunya tentang apa yang berlaku.
Huh… Tu luka ke
Adakah Asmah akan menuntut cerai?
DICKTATORNYA!!!!
Gila sak! Dia nak apa sebenarnya? Nak pukul isteri dia?
BTW, lakonan Awad Salim is 💯. Dia betul-betul menjiwai watak ini dan rasa macam real gitew. TBH, jantung saya terhenti seketika apabila dia pekik. Rasa takut tu benar-benar terasa. Moga moga dapat dinobatkan dalam Pesta Perdana tahun depan! Untuk pengetahuan anda…
Pencalonan untuk Personaliti Paling Popular Pesta Perdana 2017 sudah dibuka! (klik gambar untuk nobatkan selebriti kegemaran anda aka saya)
Asmah ingin DICKTATOR ceraikan dia…
Syira tanya neneknya kenapa ibunya berkahwin bapanya walaupun bapanya seorang yang amat garang manakala ibunya seorang yang amat penyabar. Neneknya pun berkata bahawa bapa dia dahulu rajin yadayada dan memarahi kerana ingin betulkan apa yang salah.
Adegan tersentak.
Tak tau sabar tau DICKTATOR ni.
Taknak buat full body check-up ke?
Nak beri salam pun nak terpekik terlolong!
Padan muka kenek syarahan dengan ibu mertua.
APA NI? APA TERJADI??? Saya pun konpius. Is it nadi terhenti? Pengsan? Sawan?
Telefon la ambulans! Nak hantar sendiri pulak. Kalau memandu cepat sangat sampai kemalangan amacam?
Oh, dia tak suka yang anak keduanya perempuan. Erm, macam la boleh kawal ni benda. BTW, chances of getting either one is 50-50 so…
Sekarang baru nak menyesal? Baru nak teringat persitiwa di mana kau seret anak kau?
Syira ni merepek pe? She is justifying her dad’s actions???? WHAT EVEN.
Padan muka kenek rembat. Kawan dia pun malas nak tolong dia. Memang betul, kalau asyik marah-marah, sampai ke mati tak bahagia.
Sesi refleksi + sedar bahawa dia bersalah.
Nak sedih buat apa? Pergi serahkan diri kepada polis.
Tapi ni kan cerita Suria. So, anak dia tak mati sebab kalau dah mati, that would be the start of this episode. Semua cerita Suria bermula dengan kematian. Mereka sekeluarga bahagia. Hmm…
Secara terus terang, saya kurang puas hati dengan episod kali ini. Ini kerana bapanya bebas. Sepatutnya, doktor harus tanya punca kerosakan otak Maiza, setelah selidik, bapak dia bersalah. DICKTATOR dilempar ke dalam penjara atas sebab mendera dan meringkuk bertahun lamanya. Saya juga berpendapat bahawa drama ini memberi mesej bahawa kekerasan domestik (domestic violence) adalah normal, semua keluarga akan harungi ini bersama dan akan keluar daripada masalah ini seperti dalam drama ini. WHICH IS WRONG. Saya harap mangsa-mangsa kekerasan domestik yang menonton drama ini tidak akan berdiam diri dan tunggu sahaja di mana pendera akan sedar bahawa dia salah dan akan berubah. Dalam realiti, ini jarang berlaku. Mereka yang menjadi mangsa penderaan mempunyai hak untuk melaporkan kepada polis. Mereka patut!!! Mereka tidak harus takut dengan implikasi jikalau mereka melaporkan kepada pihak berkuasa. Pandangan saya terhadap drama ini adalah, it is ok not to report sebab si pendera mendera atas sebab-sebab yang munasabah (Syira kata bapak dia pukul sebab nak ajar dia untuk tidak ponteng). However, that’s still wrong. Violence IS violence. Drama ini seolah-olah memberi high hopes kepada mangsa-mangsa penderaan yang mengharapkan pendera mereka akan bertaubat. Drama ini juga mengajar ibu-ibu untuk berdiam diri dan menyebelahkan para bapa apabila bapa mendidik anak dengan cara yang keras. Sepatutnya, watak Asmah harus memberitahu Syira dan Maiza bahawa kelakuan ayahnya itu salah dan mereka ada hak untuk dilindungi dan membuat aduan! Saya amat kecewa dengan Suria.
Pandangan saya, tak semestinya awak setuju.
Eh, Izwan Ali muncul lagi? Dah vote dia untuk APS 2016?
– Pengkritik Sandiwara
P.S.
[…] Hakim? Ada kajian saintifik yang menjelaskan kelakuan buih Hakim ke tidak? Sebagai contoh, episod lepas. DICKtator tu sakit mental ke memang tak boleh kawal kemarahan? […]
LikeLike