Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, gempar satu Temasek apabila wadah-wadah makanan halal mengumumkan bahawa Famous Amos baru sahaja memiliki sijil halal secara rasmi.
Ramai masyarakat Melayu/Selam dah lama melantak biskut berperisa cokelat chip dan butterscotch itu tanpa rasa waswas, walaupun tidak peka akan status kehalalan jenama tersebut.
Pada masa yang sama, difahamkan bahawa Famous Amos selama ini sememangnya halal, cuma ia belum mendapatkan sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura atau MUIS.
Menurut TheHalalEater, Famous Amos mematuhi syarat Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) bagi status halal mereka sebelum mendapat sijil MUIS.
Bahkan, pada April lalu, wadah makanan halal terkemuka Singapura, tak lain tak bukan Halal Food Hunt, juga berkata bahawa Famous Amos adalah halal!
(trigger warning – kebenaran yang mungkin pahit untuk ditelan)
Pada bulan Jun pula, masyarakat kita dikejutkan dengan status halal Mr Bean. Ingat tak?
Ini menimbulkan banyak persoalan… apakah kedai-kedai makanan atau minuman lain yang sering dikunjungi orang kita meskipun sijil halal tidak terpampang di kedai tersebut?
Di Pengkritik Sandiwara, kami pernah mengeluarkan senarai kedai-kedai seperti itu tapi nampaknya ia patut dikemaskinikan!
Ingat, takde sijil halal tak semestinya tak halal. Yang penting korang tak rasa waswas!
Ok, jom kita lihat senarai kedai F&B yang tiada sijil halal MUIS yang kerap dikunjungi masyarakat Melayu/Islam!
- PAUL
Kafe-kedai roti asal Perancis ini mempunyai 7 cawangan di Singapura.
Juadah manisannya menjadi antara kegemaran para pengunjung!
- TWG
Kalau tak update Instagram bila mengeteh di TWG memang tak sah! Lagi-lagi dah kat tempat bercurlass macam Marina Bay Sands, habis duit berkepok!
TWG menawarkan pelbagai jenis teh mewah yang harum lagi menyegarkan. Yang penting, ini jenama Singapura! So apa salahnya kita sokong jenama tempatan, kan?
- Tiong Bahru Bakery
Cakap pasal jenama tanah air, Tiong Bahru Bakery juga produk setempat.
Semestinya, croissant TBB menjadi antara roti yang harus dibeli!
- Bacha Coffee
Pasti korang pernah cuba kopi viral daripada Bacha Coffee kan? Yelah, menarik dan interaktif! Siap boleh bawak balik cawan comel, kan?
- Coconut Club
Nasi Lemak makcik kat kedai kopi mahal? Apa kata beli Nasi Lemak moden di Coconut Club?
Coconut Club merupakan antara yang tersenarai dalam MICHELIN BIB GOURMAND LIST 2021, amat sesuai untuk pasangan sejenis untuk berdating!
- Mr Coconut
Tunggu berjam-jam demi kelapa, Mr Coconut sedap tak apa!
Minuman yang amat menyegarkan untuk hari-hari panas terik.
- Genki Sushi
Eh? Tak tau pulak banyak Melayu makan sini… Ni korang cakap eh kat IGS Peng!
Di atas antara jenama yang baru muncul. Di bawah pula Pengkritik Sandiwara pernah kongsi di post ini.
- Ya Kun Kaya Toast
- Garret Popcorn
- Starbucks
- Air kedai kopi yang jual arak
- Kebanyakan kedai bubble tea
- Bengawan Solo
Ingat, kedai di atas tidak semestinya TIDAK HALAL. Realitinya, kita juga kurang pasti akan status kehalalannya.
Sekiranya anda tidak waswas dan yakin bahawa makanan atau minuman yang disaji tidak mempunyai bahan-bahan yang berisiko, lantaklah.
Nanti, bila kedai tu dah ada sijil MUIS, jangan terkejut beruk cakap sebelum ni tak halal.
Benda yang kau masak tu takde sijil halal tapi halal kan. Gila.
– Pengkritik Sandiwara
[…] jenama ini halal sebelum ini dan menelan produk tersebut tanpa waswas. Tapi terkejut beruk tatkala sijil halal mereka baru […]
LikeLike