Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Esplanade bersama A Yangya mempersembahkan Between 5 Cows and the Deep Blue Sea…, sebuah persembahan arahan A Yangya dan Alvin Tan.
Between 5 Cows and the Deep Blue Sea… mengisahkan tentang seorang wanita, Girl, yang terperangkap di antara perkahwinan yang diatur dalam budaya tradisional India dan dating moden, dapati dirinya dalam sebuah rancangan permainan yang pelik sekali.
Girl dicampakkan di luar angkasa oleh Man, yang mampu bertukar wajah ke apa saja. Baik bintang Bollywood, ahli nujum mahupun ibu Girl yang amat percaya akan patriarki, dan yakin anaknya tidak akan kahwin.
Between 5 Cows and the Deep Blue Sea… ikuti perjuangan Girl di mana dia menerokai identiti diri, pertempuran dengan kehendak masyarakat atas dirinya.
Tiket-tiket kepada persembahan yang dihidupkan Indumathi Tamilselvan dan Kewal Kartik ini boleh didapati di sini. Ia akan berlangsung pada 25 hingga 27 November, bermula pada harga $28.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Sistic)
[…] yang dialami Girl dalam Between 5 Cows and the Deep Blue Sea… yang mendapati dirinya terperangkap dilema dan situasi di mana beliau harus mencari pasangan kerana […]
LikeLike