Between 5 Cows and the Deep Blue Sea… dedah keperitan cari cinta

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Bila menjangkau usia (lewat) 20-an, pasti saja ada individu yang akan membuat kita rasa tertekan atas soalan-soalan peribadi.

Terutama sekali tentang jodoh.

Itulah yang dialami Girl dalam Between 5 Cows and the Deep Blue Sea… yang mendapati dirinya terperangkap dilema dan situasi di mana beliau harus mencari pasangan kerana ia sudah menjadi lumrah hampir setiap wanita yang wujud sebelumnya.

gambar: Bernie Ng

Dalam misi mencari cinta, Girl (Indumathi Tamilselvan) berada di dalam permainan bersama Man (Kewal Kartik) yang mengajaknya berjumpa lelaki-lelaki di luar sana serta mengimbas kembali kehidupannya.

Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, tiada siapa pun yang baik atau setimpal buatnya. Alah, macam persembahan Big Brown Girl tu.

Perbincangan ini semua berlaku apabila watak Girl berborak dengan penulis skrip dan mula mencorak jalan ceritanya sendiri. Agak menarik melihat babak ini kerana ia lain daripada yang lain!

gambar: Bernie Ng

Tapi… pengakhiran Between 5 Cows and the Deep Blue Sea… bukanlah ideal tetapi lebih realistik. Girl mendedahkan bahawa beliau dwiseksual, takut akan penderaan rumah tangga yang mungkin bakal berlaku, adakah kebahagiaan itu pasti, kebebasan sebagai seorang isteri dan pelbagai persoalan yang munasabah untuk tidak berkahwin.

Natijahnya, jodoh ini bukanlah sesuatu untuk dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa. Walaupun umur 20-an adalah waktu yang sesuai untuk berkahwin atas sebab kesuburan, ia tidak bermakna itulah masa yang tepat. 

Apa gunanya kahwin awal sekiranya kita tidak mencintai diri kita dahulu? 

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Bernie Ng)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s