Big Brown Girl klisye?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam, Min agak ghairah untuk menonton Big Brown Girl di Esplanade kerana ia kembali sekali lagi setelah tiket laris dijual tahun lepas!

Dalam persembahan How Drama ini, penonton diberi poskad di mana penonton boleh mengimbas kod QR dan melibatkan diri dalam unsur interaktif pementasan yang diadakan sempena acara Flipside di Esplanade ini.

Penonton diberi kuasa untuk menentukan jejaka manakah watak Ruby (Ross Nasir) akan bertemu dalam sesi janji temunya.

Maklumlah, hampir sedekah Ruby tidak terjebak dalam kegiatan berdating ni, jadi dia perlukan bantuan penonton apabila memilih jejaka yang ingin dia kenali melalui aplikasi dating, Tinder.

Kurang berjaya di negara sendiri, Ruby sedar bahawa rezeki cintanya sebenarnya di luar negara! Bak kata pepatah, hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang.

Oleh demikian, ia sudah menjadi rutin untuk Ruby mencari bakalnya tiap kali dia di negara asing. Ini kerana lelaki tempatan tak pandang wanita seperti Ruby. Seorang gadis Melayu berbadan besar yang tidak memakai tudung, takde orang pandang, beb! Lagi-lagi lelaki Melayu sampah.

Dalam Big Brown Girl, penonton dapat menonton kisah cinta Ruby dengan beberapa jejaka. Semasa menonton, Min tertanya-tanya. Dia dating untuk kahwin, untuk berkawan saja atau untuk seks? Seolah-olah kehendaknya di Tinder tidak begitu jelas. Ada kalanya, cinta di depan mata tapi Ruby tak perasan pun!

Walaupun kisah ini agak lucu dan mencuit hati, penonton disajikan dengan babak yang menyedihkan sekali. Dalam salah satu date nightnya, Ruby diperkosa. Ia mengambil masa untuk Ruby memproses kejadian ini dan menerima hakikat bahawa dia diperkosa.

Ini kerana sekiranya dia memberitahu sesiapa, ia dianggap sebagai satu kisah yang sukar untuk dipercayai. Wanita berbadan besar dirogol? Pasti akan menjadi tanda tanya. Tapi realitinya, sesiapa saja boleh menjadi mangsa rogol. Tidak kira saiz badan, jantina, bangsa, kepintaran, keupayaan, pakaian, makhluk, yang hidup mahupun yang mati. Malang sekali.

Apa yang Min suka akan pementasan Big Brown Girl adalah lakonan Ross yang amat versatil sekali. Dia boleh bertutur dalam loghat-loghat berbeza, menyanyikan lagu dengan suara lunaknya dan melihatnya beraksi sendiri di atas pentas yang besar lagi menawan itu menghidupkan watak-watak lain yang sepatutnya berada bersamanya.

Lagu-lagunya di Spotify!

Mendengar pukulan dram dan piano di sebelah kiri pentas secara live juga meningkatkan pengalaman menonton karya arahan Melissa Sim.

Tapi… akhir jalan cerita ini terlalu klisye.

Tak boleh dinafikan bahawa dalam kisah mencari cinta, watak utama tentunya akan berjaya mencari cinta. Tapi… dalam Big Brown Girl kenapa ia terlalu senang? Tiber Ruby terserempak dengan dua mamat di Perancis, salah satu daripadanya merupakan jejaka yang paling sempurna.

Sanggup tunggu berbulan untuk berjumpa orang tua Ruby dan mereka gembira. Apabila Ruby berkata ini bak filem, memang! Pada realitinya, cinta tak seindah itu? Kenapa kita tidak lihat cabaran cinta sempurna ini?

But then again, kisah ini adalah tentang dates yang dilaluinya bukan kisah antara Ruby dan jejaka sempurnanya, kan? So takpelah.

Korang tahu tak apa yang boleh menjadi the gag untuk persembahan ini? Kalaulah jejaka yang Ruby terserempak dan jatuh cinta adalah… jejaka Melayu Singapura. Biar tercekik si Ruby.

Secara peribadi, bila Ruby telah mendapat kebahagiaan di Perancis seorang diri dan menemui dirinya di situ, ia sudah menjadi pengakhiran yang sempurna bagi Min. But, oh wells.

Lagi satu Min tertanya-tanya adalah, betapa bezanya kisah Big Brown Girl sekiranya penonton memilih jejaka lain? Ini kerana (iirc) terdapat 6 sesi di mana penonton disuruh mengundi sama ada Ruby akan berjumpa lelaki A atau B. Berapa banyak kelainan akan berlaku kalau pilihan lain menjadi pilihan?

Bukan itu saja, profil atau penerangan tentang setiap calon juga amat kabur. Macam takde maknenye tau??? Sebagai contoh, satu ada pitbull, lagi satu ada golden retriever. Ok??? Yang penting, takde gambar ini kerana untuk mengingatkan penonton agar tidak menilai seseorang melalui wajah saja!

Mungkin kisah Big Brown Girl ada lebih dari satu pengakhiran, pengalaman anda mungkin lain daripada iolls, k!

Secara keseluruhan, Min seronok tonton Big Brown Girl! Interaktif, menghiburkan dan lucu sekali. Kalau korang nak tonton, tiket masih ada untuk persembahan hari ini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: ihsan Esplanade – Theatres on the Bay)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s