Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Straight Acting, tulisan dan arahan Thomas Lim, mengisahkan dua pasang kekasih yang ingin membina keluarga, seperti warga Singapura yang lain. Mereka inginkan sebuah BTO, anak-anak, hidup bersama keluarga tercinta dan yang lain-lain sewaktu dengannya.
Tapi… itulah. Mereka bukan pasangan heter*seksual. Dan hanya kerana itu, pelbagai rintangan yang mereka hadapi kerana banyak dasar-dasar pemerintah tidak menyebelahi mereka.
Oleh kerana itu, mereka mempergunakan permainan pemerintah ini agar ia memanfaatkan mereka. Olivia (Deonn Yang) dan Jaime (Eve Voigtlander) serta Russell (Tan Shou Chen) dan Jia Ming (Darren Guo) bersetuju untuk berkahwin dengan satu sama lain agar dapat BTO dan juga seorang anak.
Namun, semuanya tak seindah persetejuan yang mereka jangkakan. Pada teorinya, memang nampak senangkan sebab dalam situasi ni, dua-dua pihak raih sesuatu daripada perdagangan ini. Alangkah huru-hara jadinya apabila ibu Jia Ming (Goh Guat Kian) secara tiber muncul di rumah mereka. Jia Ming pulak bawak diri kerana merajuk, menyebabkan yang tiga sekawan bertengkar kerana fikirkan anak dalam kandungan.
Straight Acting berjaya mengemukakan isu-isu sehari-harian yang terpaksa rakan-rakan LGBTQIA+ kita hadapat, tanpa kita sedari. Mereka tidak boleh beli rumah HDB, tak boleh dapat geran yang sama untuk mendapatkan rumah, tak boleh ambil anak angkat, dipandang serong, dan banyak lagi. Semata-mata hanya mereka tidak menyukai jantina yang ‘sepatutnya’ mereka suka.
Walhal, mereka juga rakyat Singapura biasa. Yang harapkan pemerintah untuk menyenangkan hidup mereka.
Apa yang sedih sekali adalah apabila watak ibu Jia Ming tahu akan keadaan sebenar tapi tidak sesekali pun mengakui bahawa anaknya bukanlah seorang lelaki heter*seksual. Mungkin inilah realiti untuk segelintir individu di mana ahli keluarga tidak ingin menerima hakikat bahawa orang tersayang mereka adalah seorang homoseksual.
Dalam tawa, pementasan Wild Rice ini menyentuh jiwa dan membuat penonton terfikir akan kelebihan pasangan heter*seksual yang mereka nikmati.
Paling best bila set tu bergerak dan penonton semua “ooooh”. 10/10.
Straight Acting berlangsung di Funan hingga 2 Julai, tiket-tiket masih boleh didapati di lelaman mereka.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Wild Rice)