Jelajah hidup Zubir Said dalam Don’t Call Him Mr. Mari Kita

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Siapa tak kenal nama Zubir Said? Dialah yang mengarang lagu kebangsaan Singapura, Mari Kita ‘Majulah Singapura’ dan lagu Hari Kanak-kanak ‘Semoga Bahagia’.

Wild Rice bakal adakan persembahan berjudul Don’t Call Him Mr. Mari Kita bulan tujuh ini. And iolls ada promo tau! Nak tau, baca sampai habis.

Lebih daripada lagu-lagu ikonik, siapakah Zubir Said?

.

Zubir Said mencipta sejarah dengan muziknya. Pada 1958, beliau menulis Majulah Singapura, sebuah lagu yang menyatukan negara ini, dan masih dinyanyikan sehingga hari ini. Namun begitu, kerjaya Zubir Said lebih daripada itu.

Dalam mengejar impiannya menjadi ahli muzik, seperti anak muda lain, beliau endahkan kehendak bapanya dan tinggalkan kampungnya di Bukittinggi, Sumatra Barat untuk ke Singapura.

Dalam masa lebih 40 tahun, beliau menjadi antara perintis dalam industri muzik Singapura – mengarang hampir 1,500 lagu dan banyak lagi skor filem.

Zubir Said juga meluangkan masanya untuk mengajar anak-anak untuk membaca, bermain dan mencinta muzik.

Wild Rice menjemput anda untuk berjumpa insan di sebalik melodi yang kita hafal sejak kecil lagi.

Dalam sambutan ceria, menyentuh jiwa dan penih inspirasi legasi serta kehidupan Zubir Said ini, Julian Wong – salah seorang pengarah muzik Singapura terkemuka – akan beri penghormatan kepada guru cikgunya.

Diarah oleh penerima Pingat Budaya, Ivan Heng, penerbitan ini merangkumi rakaman arkib dari zaman gemilang filem Singapura dan busana dari zaman tersebut untuk mencetus gaya dan glamour zaman 1960-an.

Diiringi beberapa pemuzik dan penyanyi Singapura terkemuka, Julian akan membawakan yang terbaik dari buku lagu Zubir Said – dari lagu klasik seperti Semoga Bahagia, Sayang Disayang dan Orang Singapura, ke lagu-lagu yang disangka telah luput ditelan zaman.

Anda boleh dapatkan tiket-tiket anda ke Don’t Call Him Mr. Mari Kita di sini.

Gunakan kod ‘PSMARIKITAWR‘ untuk dapatkan diskon sebanyak 10% bagi tempat duduk kategori 1 dan 2. Don’t Call Him Mr. Mari Kita akan berlangsung dari 7-23 Julai di Wild Rice @ Funan.

Kod promo boleh digunakan mulai 1 Jun ini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar: Wild Rice)

tags: discount, code, promo, offer, ticket, musical, singapore

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s