Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Memasuki panggung Teater Victoria di mana lebih 60% penontonnya adalah budak sekolah sedikit sebanyak telah menghambat hati ini untuk menikmati karya Shakespeare yang telah diadaptasikan dalam Bahasa Ibunda.
Ye lah, kalau ada penonton setengah jagung, pasti mereka akan geli hati dan step gerek di setiap adegan. Nescaya, ia benar-benar berlaku. Namun begitu, takpelah. iolls cuba fokus kepada persembahan malam itu saja.
Bangsawan Gemala Malam oleh Teater Ekamatra antara persembahan teater terbaik yang Min dah tonton tahun ini. Ekcili no, sejak pandemik ini.
Apabila terbukanya tirai Bangsawan Gemala Malam yang diarah Aidli Alin Mosbit, amat terpesona dan terpegun melihat bayang-bayang yang menari di atas pentas diiringi cahaya lampu di telapak tangan mereka. Seolah-olah menjemput penonton ke alam fantasi mereka. Hafeez Hassan’s moves 💯!
Sebaik saja watak Hermia (Munah Bagharib), Egeus (Rizman Putra), Demeterius (Irsyad Dawood), Lisander (Fir Rahman), Theseus (Hatta Said) dan Hippolyta (Shahfiqhah Efandi) muncul dan berborak dalam bahasa istana (of some sort) yang agak panjang lebar, diri ini bertanya, “bolehkah aku survive tengok benda ni sampai habis?”
Tapi lama-kelamaan, semakin berbunga bahasa yang digunakan, semakan terhibur jadinya. Bahasa yang diungkapkan amatlah indah dan lucu. Cara ia diterjemahkan dan ditafsirkan dalam Bahasa Melayu memang patut dipuji! Bulan Bahasa, take note! –> Ridwan Saidi
Apa yang menarik dalam bangsawan ini adalah persembahan pendek oleh beberapa pelakon seperti Aisyah Aziz dan Vanda Miss Joaquim. Mereka membuat persembahan di depan tirai yang tertutup, begitu dekat dengan penonton. Mengingatkan Min akan syair yang dipersembahkan dalam bangsawan.
Penonton pasti setuju bahawa the star of the show adalah Rizman Putra. Tak kisahlah wataknya sebagai Rabu, yang disumpah menjadi keldai serta watak yang memegang watak Pyramus, menambat hati penonton. Tak kering gusi dibuatnya menonton gelagat Rabu yang sungguh menghiburkan itu.
Min juga amat suka dengan busana yang diperagakan setiap watak. Cukup barat tapi tetap kekalkan keMelayuannya serba sedikit. Setnya juga boleh tahan gah!
Walaupun karya Shakespeare ini telah ditulis beratus tahun lamanya, kerelevannya tetap berdiri teguh. Dalam kisah cinta antara Demeterius dan Helena, Lisander dan Hermia serta Pyramus dan Thisbe, kita dapat lihat bahawa manusia sanggup lakukan apa saja demi cinta.
Jampi, pengorbanan, kahwin lari, bunuh diri, berjumpa secara senyap, ini semua masih berlaku dalam masa kini.
Persembahan dua jam setengah ini diakhiri dengan curtain call yang cantik sekali. Lagu evergreen Khayalan mula kedengaran dan setiap pelakon mula berdansa, memberi penonton satu lagi persembahan terakhir sebelum tirai ditutup. Min sibuk sorak dan bertepuk sehinggakan tak sempat ambil gambar!
Kepada anda yang ingin tonton Bangsawan Gemala Malam sempena Singapore International Festival of Arts (SIFA 2022), anda boleh dapatkan tiket anda di sini untuk show hari ini (4 Jun)!
More bangsawans please…
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Crispian Chan and Tuckys Photography)
[…] uolls suka tonton pementasan Teater Ekamatra seperti Bangsawan Gemala Malam, ni mesti tonton […]
LikeLike