Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelakon kacak setempat awal hari ini telah mengongsi gambar di Instagramnya, mengumumkan kelahiran anaknya yang ke-empat.
Johan peraduan adu bakat Juara 2002 itu menulis bahawa puteranya dilahirkan pada 2.05 pagi tadi.
Awal bulan lalu, isteri kepada pelakon Hasrat Tersirat itu, Jannah Ismail, telah memuatnaikkan gambar mereka di mana baby bumpnya terserlah!
Mereka berdua sebelum ini dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Tahniah kami ucapkan untuk keluarga Fir, semoga bahagia selalu!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Fir Rahman)
[…] saja watak Hermia (Munah Bagharib), Egeus (Rizman Putra), Demeterius (Irsyad Dawood), Lisander (Fir Rahman), Theseus (Hatta Said) dan Hippolyta (Shahfiqhah Efandi) muncul dan berborak dalam bahasa istana […]
LikeLike