Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kini, malam Isnin hingga Khamis anda tidaklah begitu muram. Ini kerana Suria sudah lancarkan drama slot Akasia TV3 yang diudarakan sewaktu time-time maghrib!
Bertajuk Hasrat Tersirat, drama yang disiarkan dari 7 hingga 8 malam ini berkisarkan keluarga kaya-raya di mana harta arwah bapaknya sudah diberi kepada keluarga.
Typical eh? Macam TaiTai Pokai pulak! Nak cakap macam drama ala-ala plot Michael Ang pun ada!
Dibintangi ahimah Yusoff, Azhar Noor Lesta, Abdullah Ahmad, Shaquille Daniel, Fir Rahman, Farhana M Noor,Izzat Yusof, Fatin Amira dan ramai lagi, mungkinkah drama ini dapat menambat hati penonton setempat untuk bertaksub menonton drama tanahair sekali lagi?
Adakah drama ini akan berterusan beratus episod seperti KIN atau Tanglin?
Min belum betul-betul tengok drama ni, bila Min dah tengok, Min rembat pendapat ye?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp meWATCH)
[…] bulan lalu, isteri kepada pelakon Hasrat Tersirat itu, Jannah Ismail, telah memuatnaikkan gambar mereka di mana baby bumpnya […]
LikeLike