Distopia: Love Calculator tentukan jodoh?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Korang masih ingat tak lelaman Love Calculator yang kita kunjungi semasa sekolah rendah?

Letak je lah nama kau dengan matair atau crush dan ia akan tentukan berapa serasi korang berdua. Itulah yang menentukan perjalanan cinta kita pabila kita masih dianggap budak-budak hingus lagi.

Walaupun cara itu dianggap rambang dan tiada kajian saintifik untuk membuktikan kesahihan Love Calculator, episod GENETiK dalam drama bersiri #DistopiaTheSeries ini memberi pandangan berbeza mengenai keserasian kita dengan pasangan kita.

Dalam masa depan yang akan datang, kita boleh mendapat tahu betapa padannya kita dengan bakal suami atau isteri kita dengan Spousematch. Seperti Love Calculator, ia menunjukkan berapa tinggi tahap keserasian sepasang bakal mempelai.

Cuma dalam Spousematch, faktor-faktor seperti DNA, sejarah kesihatan, perwatakan dan lain-lain dipertimbangkan untuk menjamin keserasian sepasang matair.

Episod yang dibintangi Lydia Asyiqin, Shahril Wahid dan Hans Hamid ini meneroka kehidupan Arianna yang tersepit dalam dilema wanita.

Enam tahun yang lalu, Arianna telah diputuskan hubungan oleh mantan pakwe, Adam. Ini kerana Adam mempunyai masalah kesihatan dan tidak ingin masalah ini mengganggu masa depan mereka di mana anak-anak mereka juga mungkin akan dilahirkan dengan baka penyakit ini.

Oleh itu, Arianna meneresukan hidupnya dengan jejaka lain. Peratusan keserasian Arianna dengan pakwe baru amat tinggi, antara tertinggi dalam sejarah! Tapi tu lah, Arianna masih terhegeh-hegehkan Adam.

Pendek kata, Adam dan Arianna kahwin. Malangnya, Tuhan lebih sayangkan Adam. Adam meninggal dunia, meninggalkan isteri dan seorang anak.

Persoalan yang timbul dalam episod Distopia kali ini adalah, adakah anda akan biarkan kecanggihan teknologi menentukan kehidupan anda? Terutama aspek cinta?

Dalam masa akan datang, manusia mungkin bergantung kepada teknologi untuk hampir semua perkara. Adakah kita akan biarkan teknologi mengawal perasaan kita juga?

Fikir-fikirkanlah…

Min tak sabar nak tonton episod akan datang sebab ada kaitan dengan cinta jugak… macam Tinder gitew.

.

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: MEwatch & Instagram Suria)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s