Dek haters, peserta Anugerah 2021 kini berjaya

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Oleh kerana menerima komen yang agak negatif, peserta Anugerah ini menganggap diri mereka sebagai sudah ‘made it’. Of course, bak kata pepatah, “you only made it once you have haters”, or whateva.

Melalui Instagram Story salah seorang Anak-anak Haron, beliau rasa teruja mendapat haters kerana ia seumpama kayu ukur untuk menentukan kejayaan.

Gembira sangat sampai bilang mak dia!

Beliau merujuk kepada komen-komen yang tertera di video di bawah ini (kot)?

Memang tidak boleh dinafikan, gaya dan cara lagu Mana Satu dipersembahkan amatlah menarik dan ranggi. Tapi suara gadis yang menyanyikannya agak……………….. bukan itu saja, gerak-geri si jejaka pula terlalu repetitive! Kesian Suria takde bajet nak gajikan pereka tari.

Yang musykilnya, dalam sesebuah pertandingan realiti, pastinya ada haters. Adakah komen-komen kurang senang harus ditiadakan? Ini kerana terdapat pertelingkahan di ruang komen. Semestinya, komen negatif juga boleh dianggap sebagai satu pendorong jika kita lihatnya dari sudut yang berbeza!

Bayangkan kalau semua orang cakap beralas tapi kata-kata sebenar-benarnya tidak terlafaz? Kesian.

Pada minggu suku akhir kumpulan B, Fatin Adriana memnangi tempat pertama.

Dua peserta yang tersingkir adalah Afiq Atan dan kumpulan OSG.

Afiq Atan mengambil risiko besar dengan lagu asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjudul Jerat Percintaan.

Seperti apa juri tetap Ann Hussein berkata, tiada apa-apa yang oomph. Kalau nak bawak lagu tokti, harus bawak lebih baik!

Bagi kumpulan band ini pula…

It’s just time for them to go tbh since Suria terpaksa singkirkan 2 peserta.

Minggu ini, Mayuni Omar turut diundang sebagai juri jemputan. Keserasian hos-hos Anugerah 2021 masih janggal. Kedua-duanya, Khairudin Saharom dan Suhaillah Salam tetap bergantung kepada kad-kad untuk baca skrip. Min tengok, Min rimas.

Selamat menonton Pesta Perdana 2021!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp Suria Facebook)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s