Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semenjak pengumuman kehamilan Aisiqa awal minggu ini, persoalan ini terngiang-ngiang di benak fikiran ramai warganet, “bila Aisiqa kahwin? Takde pun kat Instagram!”
Kan? Pasti korang cam SHOOKETH sebab takde berita terus… berbadan dua?
Malam semalam, pempengaruh anggun lagi menawan ini menjawab soalan DM seseorang dan mengongsi jawapannya di Instagram Storynya, memperjelaskan status perkahwinannya yang menjadi tanda tanya!

Menjawab persoalan daripada seseorang warganet (mungkin h8rs kot) yang dianggap bitter, Aisiqa memberitahu bahawa beliau ingin mengongsi majlis perkahwinannya tetapi malangnya keana ia ditangguh, dia rasakan dia tidak perlu kongsikannya.
Majlisnya sepatutnya sesebuah acara yang gah tapi oleh kerana Covid-19, ia tidak berlangsung dan oleh kerana itu, dia bercadang untuk hamil kerana tidak ingin membuang masa.
Dan apabila Koronavirus ini sudah reda, majlis perkahwinannya akan berlangsung dan warganet tersebut tidak akan terlepas acara itu!
You go gurl with that sassy reply PERIODT! Pada masa yang sama, pelakon itu juga berkata bahawa beliau tidak sering memberi perhatian kepada komen-komen sebegini tetapi kadang kala beliau terpaksa mencelah kali ini.
Selain itu, Mrs Sinclair juga menulis di IG Storynya bahawa selamai ini beliau seorang yang amat menghargai keperibadiannya dan tidaj memuatnaik setiap satu kejayaannya.
Aisiqa berkata bahawa beliau hanya mengongsi beberapa perkara sekiranya dia ingin orang ramai melihatnya.
Seumpamanya, Aisiqa tidak menunjuk sang pakwenya (sebelum mereka kahwin) di socmed selalu, dan juga apabila sudah menjadi tunang. Sama juga seperti perniagaannya dan apabila suaminya, ‘D’ atau Dave Sinclair, memeluk agama Islam tahun lalu. Ini kerana ia detik istimewa bagi Aisiqa dan bukan orang lain.
Hanya kerana Aisiqa dan suami tidak mengumumkan pernikahan mahupun perkahwinan mereka, ini tidak bermakna kita berhak mempunyai andaian yang negatif. Kita sepatutnya husnuzon saja!
Memang betul kata Aisiqa, apa yang peribadi kepadanya, memang berhak untuk dia tidak kongsikan. Socmed hanya tempat untuk kita berseronok! Bukan setiap langkah kita harus tonjolkan di Internet, kan?
Tak faham lah netizens ni… Kalau ada retis yang kongsi beribu gambar di socmed pasal kahwin lah, baby dan sebagainya, korang muak. Tapi bila ada yang tak kongsi, korang pun bising. Apa yang korang nak?
Walau apapun, tahniah sekali lagi buat Aisiqa dan keluarga! InsyaAllah segalanya berjalan dengan lancar!
– Pengkritik Sandiwara
[…] it’s ok, disebabkan ramai sangat orang yang suka baca tentang pregnancy Sheiryn Aisiqa Sinclair, ini mungkin kali terakhir saya akan menulis tentang isu panas ini yang BROKE THE LOCAL MALAY […]
LikeLike