Aisiqa berTikTok, bakal digelar ibu

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Selalunya, warganet menggunakan wadah TikTok untuk merakam video-video lucu atau sekadar hiburan.

Tetapi, bagi pelakon cantik molek ini, beliau telah menaiktarafkan bagaimana seseorang boleh mengumumkan kehamilan mereka!

Dalam video yang tidak sampai 30 saat ini, Sheiryn Aisiqa telah mendedahkan kehamilannya menerusi sebuah video ala TikTok di mana bakal ibu itu berpusing 360 darjah, dan menunjukkan baby bumpnya kepada kamera!

Sungguh comel dan tetap vogue, very on brand bagi pelakon yang popular dengan drama Interns itu! Paling best, lokasi di Marina Bay Sands! Curlass.

Video tersebut juga menampilkan pengasas busana ‘Aisiqa’ memakai kasut tumit tinggi walaupun sarat mengandung. URGH! Queen behaviour only! Pada masa yang sama, Aisiqa sedang menghirup susu HL. Sebagai peringatan untuk para ibu supaya menjaga pemakanan ketika hamil. We have to stan!

Kapsyen video itu menulis:

Ia rasmi – saya naik 15 kilo. 🤓 ✨

🤰🏻 #trimesterketiga #diatasbulan

Aisiqa

Aisiqa mencatat bahawa beliau naik badan sebanyak 15 kilo dan menandapagar #trimesterketiga. Maknanya… tak lama lagi lah baby akan keluar! Eksaited!!

Kami rasa video ini boleh jadi bahan ikutan atau trend di mana para bakal ibu boleh mendedahkan baby bump mereka secara kreatif! We love to see it!

Dan kepada Aisiqa dan keluarga, kami harap segalanya akan berjalan dengan lancar, semoga bayi selamat dan sihat!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram iam.aisiqa)

Advertisement

5 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s