Sebuah drama yang segar, mempunyai konsep yang baharu dan belum pernah kita lihat di Suria. Ia bertujuan untuk menarik perhatian para remaja untuk menonton drama ini kerana temanya iaitu fesyen.
Sekilas pandang, ia memang kelihatan seperti drama yang fresh. Dua kali pandang, hmm… Macam pernah tonton. Oh ya! Bayangkan, jika drama Ugly Betty dan filem The Devil Wears Prada mempunyai anak, Interns bakal dilahirkan. Tak percaya?
Ok
Hmm
Hmm…
Ahh…
Drama ini menceritakan kehidupan Sarah yang ingin berkecimpung dalam dunia fesyen. Setelah mendapat peluang untuk berkerja di Roxanne’s Vintages (sila baca Roxanne’s Vintages dengan slanga yang seksi) sebagai seorang intern ataupun pekerja pelatih, Sarah terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.
Chanel) pula mempunyai harapan tinggi terhadap kesemua interns.
Walaupun begitu, Sarah tidak putus asa. Dia masih berfikiran positif dan dia sentiasa menyelamatkan situasi buruk yang berlaku di kerja untuk hampir kesemua episod. Sebagai contoh;
Episod 1: Syarikat Roxanne’s Vintages terlupa beli/tidak ada kain(???). Sarah membawa kain yang dibeli ibunya untuk menyelamatkan keadaan dan memberi tahu rakan kerjanya untuk menenun kain mengikuti cara lama.
Iffah Eva untuk cuba modelling kerana percaya bahawa Eva mempunyai potensi besar.
quarters yang bekerja sebagai tukang bersih di tempat kerjanya. Makcik itu pun memasak beberapa hidangan pelik untuk parti kerja Sarah. Walaupun ramai yang ragu-ragu akan kepakaran makcik ini, akhirnya semua suka.

Selama 8 episod ini, kita boleh lihat bagaimana Sarah tetap meneruskan perjuangannya dalam industri fesyen walaupun diharungi pelbagai cabaran. Dia belajar dari kesilapan, tidak putus asa dan sering bertanya. Watak ini merupakan watak yang positif yang boleh dianggap sebagai role model untuk para belia yang menonton. Kita juga boleh lihat bahawa persahabatan antara ketiga-tiga intern ini semakin akrab walaupun mereka tidak seberapa mesra pada mulanya. Ini kerana mereka melalui pelbagai halangan bersama dan inginkan perkara yang sama; untuk mendapat kerja tetap di Roxanne’s Vintages. Akhirnya, mereka semua diberi peluang untuk bekerja di Roxanne & Coco’s Vintages sebagai pekerja sepenuh masa. Ya, Roxanne & Coco’s Vintages.
Secara jujur, saya amat suka drama ini. Walaupun agak kebaratan dan akhir cerita ini amatlah ideal. Ini mungkin kerana ia menepati citarasa seorang belia. Selain itu, skripnya juga witty & clever. Saya juga tertarik dengan watak Coco yang amat lazer! (Sila tonton episod 2 untuk bukti, 27:55-28:54: Sharon Ismail’s slayage) Ia juga membentangkan kisah belia-belia yang harus pandai membahagikan masa antara kerja, cinta dan keluarga. Bukan sahaja itu, ia mengajar kita untuk terus mengejar cita-cita kita walau apa pun yang terjadi. Ia seolah-olah sebuah drama yang mengajar para belia untuk menyediakan diri mereka bagi menjalani transisi dari seorang pelajar kepada seorang dewasa.
Secara jujur, baju-baju yang diperagakan amatlah hodoh.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Suria’s Facebook, Youtube & Toggle and also Google)
[…] Tak sangka diorang dua akan menjadi pasangan yang amat padan ye. Semasa mereka berlakon drama Interns, tak terlintas dalam fikiran yang mereka boleh jadi pasangan yang WOW. They look […]
LikeLike
[…] Eh eh betul punya senyum Sharon Ismail? Senyum gembira sebab #InternsTheSeries bakal ada musim kedua! Tu pun tadi pergi penggambaran Interns kan? Tak tau Interns cerita apa? Klik di sini! […]
LikeLike
[…] Anyway, Coco would not approve the turtleneck??? With the chandelier on your neck. […]
LikeLike
[…] anda tidak dapat mendengar ke-sassy-an Sharon Ismail setelah Anugerah Skrin tamat? USAH RISAU! Interns 2 bakal menemui anda pada 5 […]
LikeLike
[…] melihat keayuan Lydia Asyiqin… Yes, she will be back as Sarah Yusoff pada 5 April dalam drama Interns musim […]
LikeLike
[…] 1 drama ini, ayuh kita recap sedikit mengapa harus adanya musim kedua. Atau anda boleh klik di sini untuk imbas kembali dengan lebih […]
LikeLike
[…] No!!! Sarah bercadang untuk menggunakan warna Navy Blue untuk Fashion Week. Tahun lepas pun korang buat warna biru pe. Lihat sahaja gambar di bawah blog post ini. […]
LikeLike
[…] mungkin kenali Erwin melalui drama belia INTERNS yang dikegemari ramai! Kerjayanya di USS sebagai pelakon aksi nekad membuka peluang untuk beliau […]
LikeLike
[…] comel dan tetap vogue, very on brand bagi pelakon yang popular dengan drama Interns itu! Paling best, lokasi di Marina Bay Sands! […]
LikeLike