Bintang Melayu dulu dan sekarang: Gambar retro ini akan berikan ada kesemua perasaan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Mereka sudah lama berkecimpung dalam seni hiburan tanah air, ada yang sudah berdekad lamanya. Gambar-gambar lama mereka kini tular di socmed membuat orang ramai rasa nostalgik gitew!

Kini, di manakah mereka? Adakah mereka masih giat berseni atau sudah bersara? Ayuh kita terjah!

Tulisan ini diilhamkan oleh lelaman berita TODAY.


Sezairi Sezali

.
Gambar oleh MeWATCH dan Berita Harian

Setelah memenangi Singapore Idol musim ketiga pada 1977, penyanyi kegilaan remaja pada awal 80an itu telah menjelajah satu dunia menjadi penyanyi terkemuka di Asia Bagus! Kini, Sezairi Sezali bukan saja seorang penyanyi, malah seorang pengacara, penerbit dan pendidik yang disegani ramai. Pada usia 66 tahun, Sezairi kini lebih cenderung bekerja di belakang tabir!

Fakkah Fuzz

.
Gambar oleh TODAY dan Perak Today

Berkurun sudah pelawak veteran setempat berjenaka sehingga menempah nama di taraf antarabangsa dengan rancangan Netflixnya. Baru-baru ini, Fakkah Fuzz yang kini mencecah usia 52, kelihatan di Malaysia sebagai seorang DJ di stesen radio syarikat RTM. Wartawan Pengkritik Sandiwara mendapat tahu bahawa RTM menawarkan kontrak DJ kepada Fuzz kerana podcastnya yang meletop di negeri Melaka.


Ikuti kami di Telegram!


Aisyah Aziz

.
Gambar oleh Smule dan MySpace

Di manakah Aisyah Aziz sekarang? Penyanyi bersuara lunak dan berambut putih yang pernah popular satu ketika dahulu kini senyap dan tidak lagi aktif di socmed. Kali terakhir beliau dilihat adalah di pangsapurinya oleh paparazzi di Amerika Syarikat.

Era Farida (Kak Fid)

.
Gambar oleh FilmTV5 dan YouTube

Bintang yang pernah memenangi banyak anugerah di Pesta Perdana kini seorang penggiat politik dan aktivis! Beberapa minggu yang lalu, Era Farida, atau lebih manja dengan panggilan Kak Fid, muncul di TV sebagai salah satu calon wanita bagi parti pembangkang yang bertanding di GRC Ang Mo Kang.

Hirzi Woke

Gambar oleh Twitter Hirzi dan The Star

Personaliti YouTube dan pengasas wokeism Singapura yang amat popular dan sensasi pada zaman perdananya kini antara pengacara terkemuka dan dihormati di nusantara! Pelbagai rancangan yang diterajuinya di saluran kabel Astro. Kini, beliau lebih selesa dipanggil ‘Pak Zi’ setelah mencecah umur 55.

Erwin Shah Ismail

.
Gambar oleh Instagram Erwin dan NewNowNext

Anda mungkin kenali Erwin melalui drama belia INTERNS yang dikegemari ramai! Kerjayanya di USS sebagai pelakon aksi nekad membuka peluang untuk beliau tebar sayapnya ke Amerika Syarikat. Kini Erwin mempunyai jenama dan wadah streaming tersendiri, WOWPresentsMinus.

Munah Bagharib

.
Gambar oleh TNP dan BeautifulNara

Sering berIG Live bersama peminatnya sejak 1998, personaliti YouTube itu kini masih melakukan hobinya hingga hari ini! Cuma kali ini, Munah lebih giat melakukan kerja amal menggunakan wadah lintas langsung itu bersama peminatnya!

Siti K

.
Gambar oleh TNP dan ShortManFilms

Pernah dianggap sebagai Bonda Teater, Siti K amat terkenal dengan bakatnya yang bukan saja fasih berlakon dalam teater Melayu dan Inggeris, beliau juga pernah melibatkan diri dalam bangsawan Cina! Pada usia lewat ini, beliau lebih aktif dalam dunia TV!

Siapa lagi yang kami tertinggal?

Pengkritik Sandiwara

Ni semua bedek ye
Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s