Karya Aidli ‘Alin’ Mosbit ini pertama kali dipentaskan pada 1998. Seramai enam pelakon wanita disuruh mencukur rambut mereka hingga botak oleh Alin sendiri. Namun begitu, kejadian ini dikutuk oleh masyarakat Islam, sehinggakan memori pengalaman ini masih terpaut dalam ingatan para pelakon, dan segelintir daripada mereka masih ingat akan bagaimana ia menjejas mereka secara peribadi. Persembahan ini tidak pernah dipentaskan lagi setelah itu.
Ikan Cantik yang dipersembahkan oleh enam orang wanita berkisar tentang gambaran yang kurang tepat mengenai wanita, peranan jantina, wanita dalam budaya pop, berat sebelah dan privileges of female power dynamics (ma’am I had a hard time translating, sis).
Hampir 20 tahun sudah berlalu dan adakah wanita Melayu cukup memperkasa? Sudahkah mereka menguasai badan mereka? Dalam sesi Baca Skrip ini, korang tentu akan dibawa ke zaman lalu dan semak diri dalam menjejakkan kaki ke masa depan.
Menarik sekali, pelakon asal Ikan Cantik Elnie S. Mashari, Emanorwatty Saleh, Esther Yap, Farah Ong, dan Rafeyah Abdul Rahman (Yaya) akan membuat penampilan Jumaat ini, bersama pelakon generasi baru, Suhaili Safari!