Dikecam dan dikeji, penyanyi NDP 2020, Nathan Hartono, kini bersuara

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penyanyi Everything I Am (lagu tema NDP 2020), Nathan Hartono, tidak lagi berdiam. Baru-baru ini, penyanyi suara lunak itu meluahkan perasaannya di Instagram!

Dalam siri gambar yang dikongsinya, Nathan memuatnaikkan gambar ala-ala meme seolah-olah menjenakakan situasi yang serius ini.

Menurut gambar-gambar itu, Nathan menerima banyak soalan tentang pengalamannya menjadi penyanyi lagu tema NDP. Penyanyi keturunan Indonesia itu menunjukkan komen-komen negatif yang diterimanya di ruangan komen! Rata-rata, kebanyakan komen berbaur xenofobik.

Kebanyakan komen menunjukkan bahawa ramai rakyat Singapura kurang senang kerana penyanyi NDP tahun ini bukanlah ‘anak jati Singapura’. Namun, finalis Sing! China itu menjelaskan bahawa beliau bangga menjadi generasi pertama warga Singapura.

Saya bangga menjadi warga Singapura generasi pertama. Saya dilahirkan sebagai Penduduk Tetap, dan dibesarkan di sini oleh ibu bapa yang berhijrah ke negara ini. Setelah berkhidmat 2 tahun di Perkhidmatan Negara, saya akhirnya boleh dapatkan kewarganegaraan Singapura. Saya tidak pernah tahu tempat lain sebagai tanahair. Dan saya berterima kasih atas segalanya negara ini telah berikan saya. Sayang kepada anda semua ❤️

Nathan Hartono

Hais… Nathan Hartono yang dah harumkan nama Singapura di peringkat antarabangsa pun ada haters? Ape laaaa… Memanglah korang sangka Taufik Batisah akan nyanyikan lagu NDP tapi kasilah orang lain peluang!

Mujur Nathan tak begitu terjejas dengan komen-komen tak berfaedah! Sempat buat meme lagi. Begitulah cara untuk menepis haters, uolls! Yang penting you dah get that coin!!!!

Tapi… korang suka ke lagu NDP tahun ini? Wek wek…

Pengkritik Sandiwara

(Gambar oleh Instagram Nathan Hartono)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s