Bella selamat lahirkan baby girl!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah, sudah selamat melahirkan bayi perempuan awal pagi tadi. Alhamdulillah.

Menurut Instagramnya, beliau melahirkan pada jam 6.10 pagi.

Bella tiba di hospital kira-kira 3 jam sebelum waktu bersalin. Selain itu, Bella juga mengongsi “abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah”.

Dalam gambar di mana wajah bayi itu disembunyikan dengan pelekat, Bella luahkan rasa kesyukuran kerana selamat bersalin dan ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang berdoa untuknya.

Suami Bella, Aliff Aziz, yang terpaksa berada di Singapura kerana sempadan Singapura-Malaysia yang tertutup dek Covid-19, turut memberi komen.

Alhamdulillah. Saya amat bangga dengan awak sebab awak tabah sepanjang bersalin, yang. Semoga awak pulih cepat InsyaAllah. Tak sabar nak lihat awak, Ayden dan tambahan baru kami.

Aliff Aziz

Ramai warganet serta rakan artis juga mengucapkan tahniah kepada Bella dan Aliff.

Tahniah sekali lagi Bella dan Aliff! InsyaAllah keluarga mereka dapat bersatu apabila keadaan Covid-19 reda, amin! Bestnya Ayden dah ada adik!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar: Instagram Bella)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s