Aliff Aziz bakal pulang ke pangkuan keluarga di Malaysia

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah berbulan tidak bersemuka dek Covid-19, selebriti asal Singapura yang sering dilanda kontroversi ini akhirnya akan berpeluang berjumpa dengan anak keduanya buat kali pertama!

Itulah yang dikongsi pemenang Anugerah 2007, Aliff Aziz, di Instagram Storynya selang beberapa jam yang lalu.

.
gambar tangkap layar IG Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon tinggi lampai itu menunjukkan gambar passport bersama tiket penerbangan bagi pesawat Jetstar, sambil menulis ‘Bismillahirahmanirrahim’.

gambar tangkap skrin IG Aliff Aziz

Aliff yang membawa beg LV, memakai jam tangan Rolex dan memakai kasut Lacoste, kelihatan seperti berada di dalam kelas ekonomi dalam gambar di atas, menulis:

Sudah 2 tahun sejak saya naiki pesawat. Ayah tak sabar nak lihat awak sayang ❤️

Kami berharap Aliff selamat mendarat di Kuala Lumpur dan dapat bersatu semula bersama isteri tersayang, Bella Astillah serta anak-anak, Ayden Adrean dan Ara Adreanna! Sememangnya, sudah tiba masanya untuk keluarga ini bersatu!

Tapi sebelum tu… Aliff terpaksa kuarantin, kan? So let’s hope all goes well buat Aliff dan dapat berdakapan dengan keluarga tercinta! Akhirnya, lepas rindu mereka. Tak perlu IG Live lagi!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Aliff Aziz & Bella Astillah)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s