M1 Singapore Fringe Festival kembali dengan Quiet Riot!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda sering terlambat beli tiket atau terlepas peluang menonton Pesta Pinggiran Singapura M1 (M1 Singapore Fringe Festival) pada tahun-tahun yang lalu, tahun ini tiada alasan tau!

Ini kerana tahun ini, anda boleh tonton depan mata di teater dan juga melalui wadah digital! Best, kan?

Bertemakan Queit Riot! atau Rusuhan Senyap!, pesta kali ini bertujuan untuk membentangkan rusuhan yang tidak semestinya huru-hara, dan menyoalkan bagaimana rusuhan senyap boleh dilakukan.

Antara pementasan menarik yang boleh anda nanti-nantikan adalah a line could be crossed and you would slowly cease to be, yang diarah oleh Koh Wan Ching dan ditulis oleh Andrew Sutherland.

Berkisar tentang krisis iklim dan kesannya terhadap watak dongeng serta warga Singapura secara amnya. Versi baru ini akan dijayakan oleh Grace Kalaiselvi, Irfan Kasban, Jeramy Lim, Liz Sergeant Tan dan Shahid Nasheer.

Berlangsung dari 20 hingga 23 Januari di Esplanade, dan hingga 29 Januari (di wadah digital), anda boleh dapatkan tiket-tiket anda di sini.


Satu lagi pementasan yang tidak harus dilepaskan ialah Havoc Girls & Kamikaze Boys, arahan Gothong Tan dan ditulis oleh Nabilah Said.

gambar: Brian Gothong Tan

Ia merupakan persembahan pelbagai media yang diilhamkan daripada peristiwa seperti rusuhan Hong Kong dan Kebangkitan Dunia Arab.

Anda boleh saksikannya di NAFA Studio Theatre dari 21 hingga 24 Januari, dan 24 hingga 30 Januari di wadah digital, dapatkan tiket anda di sini.


Rupa co.lab mempersembahkan Pandan, sebuah karya yang ditulis Hazwan Norly dan diarah Rizman Putra.

.

Dilakonkan oleh Irsyad Dawood, Saifuddin Jumadi, Dalifah Shahril dan Syimah Sabtu, pementasan ini meneliti apa yang berlaku sekiranya identiti pelbagai seseoeang seperti agama, dan pesona realiti dan dalam talian bertembung. Juicy!

Dapatkan tiket anda bagi persembahan ini yang bakal berlangsung dari 29 hingga 31 Januari di Esplanade dan 2-8 Febuari dalam talian.


Apakah yang membuat seseorang itu taat atau khianat seorang pemimpin? Itulah yang bakal diselongkar dalam WAN BELANTARA.

gambar: Anwar Hadi Ramli

Diarah Saiful Amri dan ditulis Anwar Hadi Ramli, pementasan ini menyelitkan kisah-kisah dongeng dan Sejarah Melayu. Pementasan ini akan dilakonkan oleh Al Hafiz Sanusi, Rusydina Afiqah, Azzy Mozerin, Suhaili Safari dan Wan Haddad Salleh.

Persembahan di Esplanade akan berlangsung pada 26 dan 27 Januari manakala dalam talian, anda boleh tonton dari 29 Januari hingga 4 Febuari. Tiket boleh didapati di sini.

Jadi… adakah anda akan saksikan di teater atau di rumah?

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Hidayat Nordin, Brian Gothong Tan, Rachel Lim Hue Li & Back Alley Media)

1 comments

Tinggalkan komen