Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah 10 minggu bertanding, akhirnya Cliff Umar dinobatkan sebagai pemenang Gegar Vaganza 2020, membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 sumbangan Astro.
Beliau menewaskan 6 finalis yang lain, iaitu Muss, Oja, Ashira, Ayu Damit, Noraniza Idris dan Lina Nanuwil.
Cliff Umar mendendangkan lagu Nakal (nyanyian asal Gigi) dan I’d Do Anything For Love (But I Won’t Do) (nyanyian asal Meatloaf) bersama Noryn Aziz.
Beliau kelihatan begitu terkejut apabila namanya diumumkan. Apakan tidak, minggu lepas, beliau hampir disingkirkan! Sebelum memberi ucapan kemenangan, Cliff sempat menabik ke arah juri dan penonton, tanda hormat dan syukur kepada penyokongnya.
Juri tetap Dato’ Ramli M.S. dan Dato’ Khatijah Ibrahim, Datuk Shafinaz disertai juri jemputan Joe Flizzow.
Pusingan Battle amat mengasyikkan, sehingga pusingan antara ‘MCO’ (Muss, Cliff Umar dan Oja) mendapat standing ovation.
Pada masa itu, Linda Nanuwil menangi Anugerah Cuckoo Healthy Home, manakala Oja memenangi Anugerah Digi Next Level.
Muss berada di tempat kedua manakala Ayu Damit di tempat ketiga.
Tempat ketujuh: Ashira
Tempat keenam: Oja
Tempat kelima: Linda Nanuwil
Tempat keempat: Noraniza Idris
Rancangan yang berlangsung lebih 3 jam itu dihoskan Jihan Muse dan Nabil Ahmad meraih lebih 40 ribu tontonan di saluran YouTube Astro Gempak secara langsung.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: tangkap layar Astro Gempak)